Assalamualaikum
hye semua :)
Rezeki.
3 tempat berjaya dijejaki sepanjang 2 sem ini. Pusat Koreksional Dungun, Cure and Care Rehabilitation Center dan Sekolah Henry Gurney.
Siapa sangka masih berada di tahun pertama namun diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah Projek Masih Ada Yang Sayang di Cure and Care Rehabilitation Center.
Peluang emas untuk ke tempat kawalan seperti ni.
Tapi untuk entry kali ini Syira hanya ingin berkongsi rasa dan pengalaman.
Perkongsian dengan penghuni di ketiga-tiga tempat ini amat memberi kesan. Disebalik persepsi masyarakat, jiwa mereka tidaklah seteruk tanggapan dunia.
Aktiviti dan perkongsian bersama mereka membuka minda tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat.
Pelbagai cerita, emosi suka duka..
Setiap dari mereka ada "jiwa sepi" yang bersembunyi,
Ada impian yang belum lengkap dikecapi..
Hidup bersama "keluarga" senasib yang sama..
Hidup mengharap masih ada harapan buat mereka.
Ada antara mereka di pangkat adik adik dalam lingkungan umur 14 tahun - 19 tahun. Cuma jalan ceritanya tak sama dengan remaja di luar sana yang bebas membuat apa sahaja dan terbentuk elok dengan pantauan ibu bapa. Mungkin orang luar menganggap mereka bengis, agresif dan sukar diatur,tetapi mereka di sini juga bertingkah laku sama macam remaja lain yang aktif, mesra, selesa untuk berkongsi dan teruja untuk mencuba pelbagai perkara baru. Biasalah, itu jiwa mereka.
Bezanya adalah kehidupan remaja mereka terkurung di balik pagar besi.
Melalui aktiviti yang kami selitkan, jelas terlihat pelbagai impian yang dilakar. Banyak yang kami belajar daripada mereka melalui sesi perkongsian.
Sebenarnya bila join program sebegini, bukan kita membawa ilmu kepada mereka, sebenarnya mereka memberi ilmu pada kita.
Lantunan cerminan masa silam terpalit silaunya demi membentuk masa depan insan lain.
Penerimaan tanpa syarat, walau siapa pun mereka apa sahaja kisahnya, dengar dan fahami dengan empati. Berdetak hati bila dalam usia sebaya dengan adik di rumah tapi sudah mengenal dadah, samun bersenjata, bergaduh hingga membunuh dan mencuri. Mereka berkongsi dengan terbuka kerana bagi mereka, seronok bila ada yang sudi melawat dan teruja bila yang datang cuba meneroka tanpa membezakan kasta.
"berubah pun, orang still cakap kita jahat sebab kisah silam kita"
"takde siapa nak terima kami"
Itu label yang ditanam dalam pemikiran mereka. Buat lah apa sahaja hatta fail peribadi di bakar selepas mendapat pelepasan keluar, masyarakat tetap pandang hina kepada mereka. Satu peranan masyarakat yg gagal, bila tanggungjawab untuk sama sama membantu dipalit dengan budaya cerca dan mendabik pada kasta.
Masyarakat juga sering menuding jari salahnya dia, salahnya dia dan dia tanpa menuding jari itu ke arahnya sendiri, diri sendiri !
Kalau bukan kita yang mengambil peranan dan tangungjawab ini, siapa lagi ?
Andai bukan kita yang membantu, siapa lagi?
Semudahnya mereka ini "dilabel jahat" oleh manusia di luar gerigi besi sedangkan kisah mereka sebelum ditempatkan di situ tidak kita ketahui.
Kita berkata dan menyebarkan cerita tanpa selidik kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa.
Mereka di sana kerana pelbagai kisah hidup,
Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu disengajakan, mereka selayaknya di situ..
tetapi..
ada sebahagian dari mereka yang teraniaya..akhirnya tersilap langkah..
Namun, semuanya hanya urusan antara mereka dengan Allah..
Allah yang selayaknya menghukum, bukan manusia. :)
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi semalam, tetapi kita boleh mencipta memori untuk hari esok.
Kisah nyata hidup mereka tidaklah seteruk drama, movie yang diarahkan oleh manusia.
Jahat-jahat mereka, Allah hantar ke ruang tirai besi cuci saki baki daki, sejahat-jahat kita masih lalai dengan dunia.
Entah siapa jejak syurga.kita atau mereka?
"Cerita hari ini bermula dari tirai semalam"
"..Dalam dunia ini, tidak pernah ada jiwa yang dilahirkan dengan sikap jahat, tidak pernah ada manusia yang diminta untuk dilahirkan sebagai pesalah dan memilih untuk hidup di balik tirai besi.. Setiap antara kita mempunyai jalan cerita sendiri untuk menentukan pilihan kehidupan yang terbaik, dan pilihan itu membawa kita untuk sedari, jalan putih atau jalan hitam yang kita pilih.. Jika seseorang itu dipandang atas dasar darjat dan kejayaannya, jangan pula ada seseorang yang lain disisih dan dimatikan rasa cintanya kerana sejarah lampau dan sejarah silamnya.."
Semoga ada cahaya yang lebih baik buat mereka yang pernah tersilap langkah ini. Semoga ditiupkan rasa kesal atas tiap kejahatan yang telah dibuat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Langkah yang diambil dengan menubuhkan tempat sebegini demi "mendidik semula jiwa" mereka amat baik.
Nilai jiwa insan mulia yang membantu amat sukar dibalas.
Semoga manfaatnya diambil bersama demi membentuk peribadi insan masa hadapan.
Rezeki juga pengalaman demi mencipta jejak jejak mimpi,
Agar coretan indah masa depan menjadi realiti ^_^
http://instagram.com/syira_lokman/Agar coretan indah masa depan menjadi realiti ^_^
6 comments:
tugas masyarakat untuk beri sokongan dan semangat kat diorang , bukan menghukum membuta tuli
Wah! Best betul dapat pergi ke sekolah Henry Gurney!
teringin nak masuk sekolah henry gurney tu. nak tahu situasi dorang kena duduk sekolah yg macam penjara.
Masyarakat harum memberi peluang, dengan peluang mereka boleh berusaha mengubah diri. Kekadang keterlanjuran dulu bukanlah salah sendiri...
seronok ada pengalaman macam ni syira..bukan senang nak dapat masuk melihat kehidupan mereka kat sini..moga pengalaman mereka dijadikan pengajaran
actually, lama dah nak tanya... awk ke gadis dalam video klip kupu-kupu cinta tu... hehe
Post a Comment