"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 31, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum
hye semua !

jom cuba resepi baru ! hehe..daging masak hitam..ni 1st time tau Syira buat and alhamdulillah jadi :D
Sebenarnya Syira suka sangat daging masak hitam tapi tak pernah buat, kali ni baru berkesempatan nak cuba and share resepi !

Bahan-bahan 

daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.
5 sudu kecil air asam jawa.
garam
gula
cili merah untuk hiasan.
air jika perlu.
5 sudu kicap manis.

Bahan tumis

1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar

3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia


Cara-cara :

  1. Sekiranya guna daging biasa, rebus daging hingga empuk dan perapkan dengan kicap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis serta bunga lawang.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar bersama serai.
  4. Biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika perlu.
  7. Akhir sekali, masukkan daging bersama perapan kicap tadi.
  8. Gaul hingga masak sekata.
  9. Hidangkan dengan hiasan cili merah.
Selamat mencuba ! jangan risauuuu...
masak dengan hati dan penuh kasih sayang..insyaAllah sedap :D

9 comments:

Nieyla Nadia said...

Singgah sini...
menyelerakan...

Anonymous said...

kebetulan dalam peti still ada daging...so malam karang nak buat la...

Suria Amanda said...

sedapnya dik...terasa nak cuba...

Dunia Zumal said...

Nanti Zumal nak try buat ^-^

زليخا said...

sedapnyelahh

QasehnyaRania said...

thanks syira berkongsi
daging masak hitam mmg sedap.
layan j makan dengan nasi kan

selamat hari raya
maaf zahir batin

Alia Farhan said...

Sedap..my fav gak ni..
Btw...jemput sggah ke blog saya ya
http://aliafarhansaid.blogspot.com

Eintan Nurfuzie said...

nampak sedap tu...

Nurul Shahira said...

Sedappnya! Feveret Sha ni. Pinjam resepi utk masak-masak ye =)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah