"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, October 5, 2016

Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series.

Assalamualaikum
hye semua :D

Setiap kali nak travel atau pergi camping ke mesti korang ada masalah nak bawa set mandian kan? Nak bawa yang besar and letak dalam bag rumit sebab ruang bag limited sangat. Tambah kalau student macam Syira ni, ada program jauh-jauh atau camping mesti nak cuba bawa barang sekecil yang boleh. Alaa..asalkan ada. Sebab kalau tak bawa nanti rasa tak lengkap pula.
Dulu pun Syira selalu fikir tentang ni tapi sekarang Syira dah ada penyelesaiannya :D Tak perlu dah bawa sabun, shampoo yang besar. So apa kata korang dapatkan Ecowell 's Bath Series travel set yang comel macam Syira ni...hehee!


Ecowell Organic Bath and Body Care Series ni didatangkan dengan empat jenis iaitu hair conditioner, shower gel, shampoo dan body lotion. Semuanya Syira dah review di entry sebelum ini.
Produk ni Syira suka sebab ia menggunakan bahan-bahan organik :D memang elok sangat la. Bahan organik ni tiada kesan sampingan yang akan menjejaskan kita dan sekarang ni memang kita digalakkan menggunakan produk yang diperbuat dari bahan organik sebab lebih selamat.
Bila korang pakai produk ni, akan ada bau vanilla dan tesksturnya tidak melekit. Set ni didatangkan sekali dengan sponge mandian tau :D lengkap dah. Kalau nak bawa set mandian ni kemana-mana pun mudah, tak guna ruang yang banyak.


sesiapa yang ada produk dari Ecowell ni kita geng ! hehe..yang lain kalau nak geng macam Syira juga, boleh beli melalui link di bawah. Boleh scroll entry Syira sebelum ini untuk ketahui apa yang best sangat set mandian ni :D



SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series


Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html


Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/


11street 
http://store.11street.my/nestore


FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset #bathset #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection #ICEACertifiedOrganic #Dermatologicallytested #NormaltoOilySkin #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack #bestseller #ecowell #naturalelixirs #organicingredients

5 comments:

Nana Liena said...

salam syira.. biasa la org perempuan kalau boleh bila duk travel ke ada camp ke memang satu almari baju nak bawa,nak bawa semua barang..kalau ada poket doreamon entah apa yg dibawa nanti.hihi..
suka set mcm ini sbb lengkap siap ada sental..

Nadratul Syazwana said...

Aww, mesti rasa fresh je lepas pakai ni hehe.

Nadratul Syazwana said...

Aww, mesti rasa fresh je kan lepas guna ni :)

Hani Rahman said...

Senangkan kalau ada set kecik2 nih ... Nak pi mana pun senang nak sumbat ... Kalau ada yg head to toe lagi senang ...

Suria Amanda said...

akak dapat set penjagaan muka

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah