"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, October 8, 2016

Sebab VIRAL je kita percaya ??

Assalamualaikum
hye semua :)



Bila ditanya: 

“Mana dapat cerita?”
“Eh, betul ke cerita ni? Teruknya!”
“Kesiannya jadi macam tu.”
“Dalam Facebook, Instagram, Twitter, kawan cerita, orang lain post.”



Tiada jawapan yang jelas.

Kita tak yakin dengan akar kisahnya, namun jiwa untuk menyebarkan cerita, lebih hebat dan cepat.
Kita lebih teruja untuk menyebar kisah mereka yang kita entah kenal, atau tidak siapa mereka. Kita lebih teruja untuk mengutuk dia, sedangkan tak semua kita dengar, lihat dan baca itu benar belaka.

Hari ini, hari yang sepatutnya pahala kita diganda.
Terpalit dosa melalui kata-kata. Terpalit dosa melalui penyebaran kisah yang belum nyata sahihnya.
Mudahnya!
Mudahnya sesuatu itu menjadi viral.

Hanya kerana ia menjadi viral, kita percaya. Hanya kerana kisah itu tersebar ke seluruh maya, kita percaya.
Mudahnya minda percaya 100% kisah mereka tanpa menilai setiap bait kata dan perbezaan maklumat yang diterima.

Jika benar salahnya, ambil pengajaran bukan sebar keaiban. Jika masih sangsi sahihnya, jangan sebar sebarangan.
Menegakkan kebenaran itu tidak salah, yang jadi salah menegakkan sesuatu yang tidak benar.

Mungkin dia yang kita keji, jalannya lurus ke syurga. Mungkin kita yang konon arif berkata ini jalannya lurus ke neraka.

Siapa sangka?
Lihat orang yang tidak sempurna amalannya, jangan disangka kita sempurna imannya. Pengakhiran manusia tidak sama. :)


Petikan dari buku #serenitysyiralokman
#blogsyiralokman



7 comments:

Kaklong Chan said...

Ya benar.. Ia dah jadi satu kebiasaan.
Semoga kita semua berubah jadi lebih baek..

nurul fatin adiana said...

betul tu...dek kerana viral, ade yg terbuka aibnya..padahal belum tentu sahih. Semoga Allah memelihara kita.

nurul aqidah azahar said...

skrg ni sume viral..bnda yg tak sahih semua org nk viral..tu yg bhya nya

Siti Khadijah Halil said...

Betul tu..
Setuju sangat..
Benda yang benar tapi hal yg buruk kalau disebarkan jadi aib..
Kalau tak benar pula jadi fitnah..
Moga Allah jauhi kita dari sifat macam tu..

Suria Amanda said...

Betul..jangan bertindak melulu sebarkan aib org..siasat dahulu kebenarannya

maszull said...

assalamualaikum syira...mama singgah ke sini...:)

Qiya Saad said...

kadang baca, kadang tak baca pun cerita viral ni. tapi kalau baca mesti rasa geram je sebab cerita dia banyak sangat perisa. hehe

www.qiyasaad.com

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah