"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 28, 2018

RESEPI : Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum
hai semua !!

Syira dah kembali menulis..hehee..punyalah susah nak tengok Syira muncul di blog ni kan ? :D
sekarang Syira dah habis degree dan tunggu majlis konvokesyen je bulan 10 nanti. So, sepanjang cuti ni Syira akan rajinkan diri update blog. Hari ni Syira kongsikan dulu 1 resepi ringkas yang Syira masak sebaik je tiba di rumah Jumaat lepas. Sambal Tumis Ikan Bilis Petai :D



Bahan:
ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng
petai

kisar *
10 tangkai cili kering, celur dalam air panas 15 minit
2 - bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

gula, secukupnya
garam, secukupnya
sedikit air

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. 
  2. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air. (ikut suka, kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)
  4. Masukkan petai.
  5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Setelah kacau rata, tutup api. 
  6. Biarkan sejuk sikit baru masukkan ikan bilis supaya ikan bilis yang digoreng tadi kekal rangup. 
  7. Kacau rata dan SIAP !


## ni Syira share yang paling mudah, nak tambah bawang yang dihiris kasar pun boleh, tambah jering, ubi kentang or asam pun boleh :)
ikut citarasa masing2 ye :)

SELAMAT MENCUBA !

3 comments:

Kak Wawa said...

Sedapnyaaa..")

Sha Mohamed said...

Pergh!! sedap nie buat lauk sahur.. Memang laju je makan..

Shafyqah Azahar said...

wah sedapnya

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah