"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, May 29, 2018

RESEPI : Sayur Campur Sos Tiram.

Assalamualaikum
hye semua !

Kembali lagi dalam rancangan masak memasak bersama Syira lokman..hehee..
Bila mood rajin datang memang macam-macam lauk la Syira masak ! Tambah bulan puasa ni, ada je menu baru nak cuba.
so setiap kali Syira masak Syira akan share resepi dengan korang ok ! :D
menu yang simple tapi sedap !
..lepas ni jangan cakap masak tu susah and jangan malas nak masak oke..
yang dah kahwin tu hati-hati tau, nanti suami lari and ngorat Syira yang belum kahwin ni
:P hehe..


Resepi hari ini :
Sayur Campur Sos Tiram


Bahan-bahan :
Brokoli
Kobis ungu
Kacang Panjang
Lobak Merah

Ayam - dipotong kecil

*boleh guna apa sahaja jenis sayur, ikut pilihan anda. Syira guna semua lebihan sayur yang ada kat rumah.


Bawang merah
Bawang putih
2 sudu Sos tiram
1/2 sudu Kicap manis
1 cawan kecil Air
1 Cili merah
1 sudu Tepung jagung *
Garam/Gula *
Ajinomoto *

* jika perlu.


Cara-cara :

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih. 
  3. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram,kicap dan masukkan juga sedikit air.
  5. Masukkan kesemua sayur yang telah dipotong kecil. 
  6. Tambah sedikit garam, gula, ajinomoto dan tepung jagung. Gaul rata.
  7. Tabur cili merah.
  8. Gaul sehingga sebati. 
  9. Siap.

Selamat mencuba !

No comments:

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah