"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, October 27, 2016

Cover A, B atau C ?

Assalamualaikum
hye semua !

Akhirnyaaaaa, new post :D
Dah lama tak update blog :( ye Syira tau..banyak kerja yang perlu diutamakan. Semester 5 tinggal lagi 7 minggu jeeee..cepatnya masa berlalu..Syira tak sempat nak menaip kat sini, bukan Syira lupa blog ni tapi terpaksa dilupakan sementara. Job review, pengiklanan semua Syira masih terima, pakej bermula RM10 hingga RM60 sahaja. Kalau berminat boleh pm di facebook atau emel syiralokman21@yahoo.com.my ^_^



Hari ni, Syira gigih nak update juga sebab Syira nak share berita baik dengan korang :D
mana boleh share dekat facebook dan instagram je kan, kena la share dengan kome kome sekali. hehe.. Buku kedua Syira Lokman bakal diterbitkan tidak lama lagi :D excited tak ?? cakapp la excited !!! cakap la cakap la..

Yang dulu tanya bila nak keluar buku kedua tu better get ready oke, simpan duit sebab dengan doa korang, buku ini akan dikeluarkan nanti :)

So Syira nak minta tolong korang pilih Cover mana yang sesuai untuk buku kedua Syira ? COVER MANA YANG KORANG SUKA ?? A,B or C ?
Konsepnya masih sama dengan #serenitysyiralokman cuma isinya lebih beremosi, mendalam dan penuh jiwa...tajuk pun FRAGILE gituhhhh...Syira pun keliru nak yang mana :(
ingatkan nak cari jodoh je susah..nak pilih cover buku lagi susah rupanyaa..hahaa..


UNDI UNDI !! ^_^
Terima Kasih !


Monday, October 10, 2016

3 Guru Terbaik !

Assalamualaikum
hye semua !



'PENGALAMAN' bukan dicipta untuk kamu mengeluh,
tetapi untuk memberi pengajaran dan mematangkan fikiran.

Bertindak atas kewarasan akal,
agar kamu dapat tempuh pahit getir ujian,
demi mengejar manisnya kejayaan.
Jatuh bangun tu biasa.
Mula seksa lama-lama bahagia.

petikan dari buku #serenitysyiralokman

Saturday, October 8, 2016

Sebab VIRAL je kita percaya ??

Assalamualaikum
hye semua :)



Bila ditanya: 

“Mana dapat cerita?”
“Eh, betul ke cerita ni? Teruknya!”
“Kesiannya jadi macam tu.”
“Dalam Facebook, Instagram, Twitter, kawan cerita, orang lain post.”



Tiada jawapan yang jelas.

Kita tak yakin dengan akar kisahnya, namun jiwa untuk menyebarkan cerita, lebih hebat dan cepat.
Kita lebih teruja untuk menyebar kisah mereka yang kita entah kenal, atau tidak siapa mereka. Kita lebih teruja untuk mengutuk dia, sedangkan tak semua kita dengar, lihat dan baca itu benar belaka.

Hari ini, hari yang sepatutnya pahala kita diganda.
Terpalit dosa melalui kata-kata. Terpalit dosa melalui penyebaran kisah yang belum nyata sahihnya.
Mudahnya!
Mudahnya sesuatu itu menjadi viral.

Hanya kerana ia menjadi viral, kita percaya. Hanya kerana kisah itu tersebar ke seluruh maya, kita percaya.
Mudahnya minda percaya 100% kisah mereka tanpa menilai setiap bait kata dan perbezaan maklumat yang diterima.

Jika benar salahnya, ambil pengajaran bukan sebar keaiban. Jika masih sangsi sahihnya, jangan sebar sebarangan.
Menegakkan kebenaran itu tidak salah, yang jadi salah menegakkan sesuatu yang tidak benar.

Mungkin dia yang kita keji, jalannya lurus ke syurga. Mungkin kita yang konon arif berkata ini jalannya lurus ke neraka.

Siapa sangka?
Lihat orang yang tidak sempurna amalannya, jangan disangka kita sempurna imannya. Pengakhiran manusia tidak sama. :)


Petikan dari buku #serenitysyiralokman
#blogsyiralokman



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah