"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 28, 2018

RESEPI : Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum
hai semua !!

Syira dah kembali menulis..hehee..punyalah susah nak tengok Syira muncul di blog ni kan ? :D
sekarang Syira dah habis degree dan tunggu majlis konvokesyen je bulan 10 nanti. So, sepanjang cuti ni Syira akan rajinkan diri update blog. Hari ni Syira kongsikan dulu 1 resepi ringkas yang Syira masak sebaik je tiba di rumah Jumaat lepas. Sambal Tumis Ikan Bilis Petai :D



Bahan:
ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng
petai

kisar *
10 tangkai cili kering, celur dalam air panas 15 minit
2 - bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

gula, secukupnya
garam, secukupnya
sedikit air

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. 
  2. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air. (ikut suka, kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)
  4. Masukkan petai.
  5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Setelah kacau rata, tutup api. 
  6. Biarkan sejuk sikit baru masukkan ikan bilis supaya ikan bilis yang digoreng tadi kekal rangup. 
  7. Kacau rata dan SIAP !


## ni Syira share yang paling mudah, nak tambah bawang yang dihiris kasar pun boleh, tambah jering, ubi kentang or asam pun boleh :)
ikut citarasa masing2 ye :)

SELAMAT MENCUBA !

Saturday, May 12, 2018

ALLAH UJI MEREKA ATAU AKU?

Assalamualaikum
hai semua ! ^_^



Setiap kali ujian ditimpa kepada insan lain, sebenarnya saat itu Allah sedang menguji kita.

Bagaimana reaksi kita kepadanya?
Bagaimana pemikiran kita terhadapnya?
Bagaimana cara kita berdepan dengannya?

Itu adalah ujian buat kita.
Ya,
Mereka diuji dengan ribuan cacian dan apa respon kita?
Mereka diuji dengan kejatuhan yang menyakitkan dan bagaimana kita membantunya?
Mereka diuji dengan fitnah hingga tidak ada lagi yang percaya, saat itu bagaimana pula persepsi kita?

Allah sedang menguji kita disaat kita melihat orang lain sedang diuji.

Katakanlah yang baik baik,
Kata-kata yang baik juga satu doa.
Jangan melulu berkata begini begitu jika kita tidak pernah tahu kisah sebenar.
Lihat kembali diri kamu.

Allah sedang menguji mereka atau aku?

#fragilesyiralokman
#serenitysyiralokman
#blogsyiralokman

Tuesday, April 17, 2018

PROMOSI BUKU MOTIVASI SERENITY & FRAGILE SYIRA LOKMAN DI PBAKL 2018 !

Assalamualaikum.
Hye semua !

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 akan berlangsung kurang lebih 10 hari dari sekarang. Rasanya baru je pergi PBAKL 2017 :D pejam celik pejam celik dah setahun. Tahun ni insyaAllah jika tiada halangan, Syira akan ke PBAKL jumpa korang ^_^
Dalam diam rupanya masih ada yang belum tahu Syira dah hasilkan 2 buku motivasi. Ya korang, dah 2 dah. Ni bukan novel tau tapi buku motivasi untuk bacaan umum. Kalau sesiapa yang nak tengok review pembaca, meh sini Syira kongsikan sebahagian komen-komen pembaca Serenity dan Fragile. Lepas baca silalah beli ya ^_^ Kata support Syira kan :P








Cara mendapatkan buku FRAGILE & SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Kinokuniya
  4. Bookcafe.com
  5. Must Read
  6. Mph bookstore
  7. Popular bookstore
  8. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  9. Online seller

korang boleh search #serenitysyiralokman serta #fragilesyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! Serenity dah masuk cetakan kedua tau. Semoga Fragile pun laku keras selalu la :D
Nak tengok review berkaitan Serenity dan Fragile di blog ni boleh tengok post yang lama ya.

Terima kasih semua yang mendoakan dan baik hati selalu support Syira.
Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)

Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !

Email : syiralokman21@yahoo.com.my


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah