"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, January 8, 2012

Chocolate Praline

Assalamualaikum..
Hye semua !

Hari ni Syira 1st time try buat Chocolate Praline ...
saja nak try buat chocolate ni sebab comel !..hehe..
nak tahu tak?? 1st time Syira buat chocolate ni and menjadi  ^_^ best!
Alhamdulillah :)
act,ta susah pun nak buat chocolate ni...tapi kena sabar la :)
mula mula ni,Syira buat bentuk love,bunga rose and bear dulu..

Nak try buat?? jom baca resepi ni >>>>

yang bentuk love tu adik Syira (FARID)yg buat..
die pun nak try juga ..hahaa


BAHAN-BAHAN

150 g dark chocolate
150 g white chocolate
150 g milk chocolate
pewarna (pilihan anda)
acuan pelbagai bentuk
piping beg
gunting
kacang * (jika perlu)

CARA-CARA

1.Menggunakan double boil..
cairkan dark chocolate,milk chocolate and white chocolate terlebih dahulu...
2.Asingkan white chocolate dalam dua bekas,dan titiskan warna yang anda suka.(1 bekas 1 warna)
3.masukkan setiap chocolate dalam piping beg dan ikat.Langkah ini harus disegerakan sebelum chocolate mengeras.



4.Letakkan kesemua chocolate yang telah diikat dalam double boil.Pastikan menggunakan api yang perlahan.Tujuannya agar chocolate sentiasa dalam keadaan cair.
5.Ambil salah satu chocolate dan picitkan ke dalam acuan.(ikut kreativiti anda)
6.Kemudian,sejukkan lapisan yang pertama sebelum anda lapiskan dengan lapisan warna seterusnya.(3 minit sahaja...kalau nak cepat,sejukkan dalam peti sejuk)
7.Seterusnya,lapiskan pula dengan lapisan kedua.
8.Masukkan kacang di tengah-tengah chocolate tersebut dan sejukkan lagi.
9.Seterusnya,Lapiskan dengan lapisan chocolate yang terakhir dan sejukkan selama 1/2 jam.
10.Setelah chocolate mengeras,keluarkan chocolate dari acuan dan.. SIAP !


#lapisan warna berlainan digunakan untuk menimbulkan ton warna
#ketebalan chocolate,design dan warna boleh diubah mengikut citarasa anda :)


tak reti sangat nak buat bear ni guna banyak warna dalam 1 design..
kang buruk terus...hee~~~


SELAMAT MENCUBA ! ^_^


14 comments:

Nad Omar Saja said...

dah jadi blog coklat suda. hehe . :D .

littlebuny said...

Comel..nice try :)

sYiRa LoKMaN said...

nad : hehe..blog ni pasal life kte, and resepi :D

littlebuny : hehe..thanx awakkk :)

nina_adana said...

ah2.. syira dh bleyh bukak bakeri meh.. heheh jgn lpew anta kt muar okayy?? nina nk rse gaks..heheh

sYiRa LoKMaN said...

hahaha...muar jauh la nina..hehe
hee~~ mmg ade niat na buka bakery pun :D

✿Ummi Myra✿ said...

wahhhh sedapnye, nak jugak...mmmmm yummy

Woofer Storm said...

nampak comel je..mesti sedap ni..hhee minta sikit^^

follow sini^^

nina_adana said...

ouhh.. jauh he?? dekt kan lah..hehehe.. ouhh ptot pown.. mger tercapai.. insyaAllah.. aminnn.. :)

Suriada Sulong said...

wahhh bestnye.. selalu sy order jer utk kasi kwn2.. untung lah pandai buat sndiri.. kite nie takat lepas kek coklat je laa.. hehehe

sYiRa LoKMaN said...

haha..try buat ni..senang je :D

wan hafazah said...

Salam,kt mana sdg nk dptkan acuan yg pelbgai bntuk tu?tq

sYiRa LoKMaN said...

salam : kat kedai yg jual barang2 buat kek sume tu :) ataupun guna acuan mould or ice cube pelbagai bentukk..

Anonymous said...

rajinnye awak..

sYiRa LoKMaN said...

hehehe..time rajin je pun buat ni :D

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah