"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, May 9, 2014

Pengalaman Temuduga Sastera dengan Pendidikan di USM.

Assalamualaikum
hye semua !


8 Mei 2014 Syira telah menghadiri satu sesi temuduga untuk kemasukan ke USM bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (ST01) yang bertempat di USM Pulau Pinang. 
Untuk tahun ni seramai 1000 pemohon dipilih untuk temuduga dan hanya 350 yang bakal menjadi pelajar Usm bagi bidang ini . :)
Disebabkan ramai sangat pointer yang tinggi2 tahun ni..saingan bertambah sebab tu temuduga dibuat ye :)
so yang dapat temuduga ni majoritinya sesiapa yang memilih sastera dengan pendidikan ni sebagai  pilihan yang pertama . :)
Sampai je Bangunan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.kena daftar dulu..
Lepas daftar, kami semua diarahkan ke sebuah bilik khas untuk menjalani ujian.
Ujian apa?
ala-ala medsi juga ...jawab je setuju,tak setuju,sangat setuju..ada kertas OMR, so tanda je a,b,c,d..
ada 111 soalan..
Then, lepas settle ujian, semua bergerak ke bilik temuduga yang telah ditetapkan.
Time pendaftaran, kami dah diberi kumpulan dan nama bilik temuduga masing-masing.
so, tak de la lama nak tunggu sebab ramai kann..memang dah tersusun :)

Syira dapat giliran kedua semasa sesi temuduga. 
Perasaan tak ade la takut sangat,mungkin sebab kawan-kawan kat sana ramah-ramah..so hilang rasaa nervous..hehe..
Semasa nama dipanggil,Syira masuk ke bilik temuduga dengan ayu dan lembutnya..hahaa..
senyum-senyum manis gituww :P

Biasa la, sebelum masuk,ketuk pintu bagi salam dan ucap selamat sejahtera bagi non-muslim. Serahkan sijil-sijil yang ada dan duduk bila disuruh.
Panel yang ada ketika itu seorang perempuan melayu dan seorang perempuan cina :)

Bermulalah sesi sembang-menyembang @ temuduga Syira.
Temuduga ni menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris tau :D
sO,kalau agak-agak tak tahu nak jawab tu..redah je le..
(semua orang tak dapat soalan yg sama tau)

Antara soalan yang ditanya ialah :

soalan dalam Bahasa melayu :


  1. "Oke,perkenalkan diri awak tapi saya tak nak "nama saya ..."...kenalkan (diri) awak" (nyatakan kelebihan diri/jawatan/kemahiran)
  2. "Nak pilih subjek ape and kenapa?" (Syira pilih sejarah)
  3. "Ramainya pilih sejarah, sejarah bukan bosan ke?"
  4. "Awak banyak sertai aktiviti bla blabla..apa yang awak dapat dengan sertai aktiviti ni?" (kawad kaki terutamanya).
  5. "Macam mana nak tarik perhatian/mengajar budak2 yang tak minat sejarah ni?"
  6. "Oke ,tunjuk sikit demo mengajar" 



soalan dalam English :


  1. "Apa yang diajar semasa jadi fasilitator kem kepimpinan unit beruniform (aktiviti)?" - kem ni tahun 2011,jenuh juga nak ingat balik senarai aktiviti yg dijalankan siap kena terus translate pula tu..tapi biasalah, sambil cakap omputeh tu,otak kena laju fikir jawapan.
  2. "saya tengok awak banyak sekolah yang berbeza, sekolah rendah di mana?..then?"
  3. "Banyak pelajar yang bosan bla blabla.....macam mana nak atasi perkara ini?..Apa ciri-ciri guru yang baik?" (soalan ni panjang sikit tapi lupa ayat dia).



Oke,ni antara soalan-soalan yang ditanya.
Ayat panel tu tak la sebijikkk macam ni, cuma lebih kurang je...selebihnya macam menyoal sambil bersembang.
Cuma tak ada air je,kalau ada la chocolate blended ke..ummmp ! relax je temuduga..haha..
Time speaking tu, tergeliat juga le lidah nak jawabnya.

Punyalah study pasal isu semasa, isu pendidikan,menteri pendidikan,pasal Usm (tips dari senior yang dah pernah hadiri temuduga yang sama.)..
lastnye pasal kawad kaki juga yang menarik hati mereka untuk tanya soalan.
Syira memang banyak sijil kawad kaki,dari sekolah rendah lagi dah join.
Bila sekolah menengah jadi ketua platun dan Syira juga pembantu jurulatih...tak pula terfikir pasal kawad akan ditanya.

Tapi alhamdulillah oke :)

Sebelum sesi temuduga,kami telah diberitahu supaya "bercakap" sebab ada yang sebelum ini diam je,sengih2 bila tak tahu.
Orang tu cakap kalau tak tahu jawab,cakap je tak tahu and minta dia tanya soalan lain.
Dalam hati Syira .."eh,boleh ke macam tu?"
Sebabnya untuk temuduga ni diorang nak yang bercakap bukan diam je.
tapi oke la,sebab Syira redah je jawab semua soalan asalkan tak diam kan..
.,alhamdulillah.

Setiap orang berbeza soalan..dapat penemuduga pun jenis yang berbeza karakter.
so kira nasib la dapat soalan senang or susah. :)
Bagi Syira soalan-soalan ni masih oke :)

Syira kongsikan pengalaman Syira supaya yang bakal ditemuduga nanti lebih bersedia . :)
so,all the best kepada yang bakal ditemuduga..hehe..sampai 20 Mei 2014 kann..
yang penting, cakap and yakin !
insyaAllah..andai Allah kata ini rezeki ,kita akan dapat juga . :)
Usaha je,biarkan Allah tentukan rezeki kita :)


16 comments:

Unknown said...

All the best Syira..!

Balas kunjungan dari blog Mialiana.
Thanks sbb sudi folo mamavogue.

Lya Akif Imtiyaz said...

Wah terbaik la semua soalan dpt jawap...Good Luck untuk Syira ..

Unknown said...

Good luck :)

Unknown said...

semoga berjaya syira..

Asha Lya said...

wahhh kalau lya dah hilang dah apa yg dah set di otak..mudahan syira dpt apa yg di impikan..nak jadi cikgu ya

Jiarizaira said...

sama geng kawad kaki la ni...sijil byk kawad kaki je...

Eimma said...

iv biasanya dia nak tgk kite bercakap je. confident ke tdk.. hehhe

Azhafizah MN said...

Semoga ada rezeki syira kat sini..aminnn

Unknown said...

heyyppbole share tak pakaian macam mane disarankan yerkk?? iv jugak next week..cuakxx..:)

Wafi Remli said...

Just smile. Hadapi segalanya dengan tenang

Ainim Rashihah said...

Akak doakan semoga Syira akan dapat tawaran yang terbaik utk syira

Unknown said...

berbeza soalan sebab berbeza pilihan kot..semoga berjaya syira..:)

Maria Firdz said...

Good luck syira...

Unknown said...

Kak zara ucapkan semoga syira result intrvw yg daboom ! amin.. =)

Unknown said...

wahhh, bnyk jugak soalan
didoakan syira berjaya :)

Syira Lokman said...

alhamdulillah ! berkongsi supaya dpt tlg org lain..
doakan yg terbaik ye ^_^

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah