"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, February 8, 2015

Percutian Menarik di Grand Lexis Port Dickson.

Assalamualaikum
hye semua :)

Setiap orang ada impian...kadang kadang impian tu mudah nak kecapi kadang kadang kita hanya boleh tengokk intai intai orang lain happy dengan impian masing masing.
Syira sendiri ada impian, banyak sangat yang nak dikecapi sebelum umur meningkat 30. sekarang berada di tangga 21..
confirm la masih banyak masa, muda lagi...cantik menarik tertarik kan..hahaha..
oke..syok sendiri :P *kelip kelip mata

Salah satu dari impian Syira adalah bercuti di satu tempat special..ada private pool, yang penting cantik and boleh tangkap gamboooo bebanyak :D
gambar wajib oke !
*flip shawl..

and tempat tu adalah Grand Lexis Port Dickson !
Mungkin bagi orang lain tempat ni biasa biasa je but for me..nikmatnya bila dapat kumpul 1 family dalam 1 bilik di satu tempat yang kami tak pernah jejak...
sebab ? harga 1 bilik je dah boleh beli cincin kahwin..sebelum ni selalu stay hotel yang TAK CECAH harga villa di Grand Lexis ni..
DAY 1

Dari saat kami sampai, kami dilayan sebaik mungkin..masuk je pintu akan disapa oleh pekerja resort ni, siap 3 orang diri depan pintu..tunduk tunduk kepala..syira pun senyum senyum je la..
hait, hait..macam jepun..hehe..
siap dapat welcome drink..air oren and anggur ! favourite !
Kat sini ada buggy car..so nak ke villa tak perlu la angkat barang yang belambak tu, pekerja akan bawakan..sekali dengan kita kita diorang angkut sampai villa :D

Syira bercuti di Grand Lexis Port Dickson dengan family pada 29 hingga 31 Januari 2015 and kami memilih executive pool villa.. 

bilik ni ada 2 katil king size je tapi kteorg sumbat 8 dewasa dan dua kanak-kanak..cukup 10 orang ..hehe
pastu siap bawa toto oke..ini dikatakan bijak ! haha..save budget..
bilik besar so korang boleh ambil 1 bilik je untuk muatkan 1 keluarga dalam 10 orang..

haa..ni paling wajib ada and Syira mesti nak benda ni ada..iaitu ironing board and iron !
haruslah ada kan nak gosok baju tudung...baru cantik dan kemas...syira dah lama tak pakai shawl, kalau dulu pakai shawl senang sikit tak perlu iron, sekarang kembali pakai ikan di lautan iaitu ikan bawal..so kena la ada iron ni..
sesiapa yang kaya kaya tuu..bawa duit banyak boleh simpan dalam bekas tu...ape benda ntah nama bekas simpan duit tu..haha..
jap eh ingat balikkk...
haaa.... in-room safe box namanyaa..baru ingat..ehhe..

rak kasut tinggi bak galah !
tinggi oke rak kasut ni..masuk masuk je bilik ada rak kasut tinggi beno sebelah pintu
..ape lagi..semua benda kena manfaatkan..so kita susun kasut bagi cantikkkk :D semua kasut laki, sebab dalam 5 beradik, Syira anak perempuan tunggal :D
tu ala-ala princess tuu...hahaa
Eh? ada lima je kasut..mana kasut yang lain..kata pergi 10 orang kan..
hehe..1st day and 2nd day kat sini ada 5 orang je...hari kedua pukul 11 malam baru abang and family datang dengan adik Syira sekali..cukup 10 !

yang ni tempat nak cuci muka , belek belek muka...ada cermin besoo gedabakk oke !
diri depan ni siap cakap "wahai cermin, siapalah wanita paling cantik di dunia ini.."
tiba tiba nampak muka sendiri kat cermin..haha...
nampak tak permainan diaa... :P

kat sini siap ada hair dryer tau..kalau rambut basah and nak kering cepat, boleh guna hair dryer ni..
tapi Syira kadang kadang tak guna, if terpaksa je sebab nak cepat kering..
yelaa..rasa sian pula rambut kita pun panas kan.

ruangan dry kitchen ni lagi syok tauuu..ada pinggan mangkuk sudu garfu..siap ada microwave lagi..
boleh la panaskan pizza ke pa pe makanan..kalau nak masak air, ada cerek automatik disediakan..memang lengkap la !.
Antara keperluan lain yang disedikan --->
  • 2 king size beds
  • Glass panel for underneath sea viewing
  • Private swimming pool
  • Dry Kitchenette
  • Separate bath and toilet
  • Rain shower
  • Wall mounted hairdryer
  • Mini fridge
  • In-room safe box
  • Astro - 19 channels
  • 32" LCD flat screen TV
  • Coffee and tea making facilities
  • Electric kettle
  • IDD telephone
  • Ceiling mounted air-conditioner
  • Ceiling fan
  • DVD player
  • Microwave oven
  • Iron and ironing board
  • Bathroom weighing scale
  • Umbrella
tadaa ! cantikkk takkk..uncang teh, creamer, coffee, gula semua diletakkan dalam 1 bekas khas yang cantik ni..macm-macam jenis ada..pilih je nak yang mana, bancuh..siap untuk diminum !


oke..ini part palinggg syok ! private pool :D huarghhh ! ni yang diterjah dulu..tengok tu abah dah tak sabooo nak bergamboo..dia duluuu okeee...kte jeling jeling dari tepi dulu...
lepas solat,kemas barang baruu...
terjunnnnnnn !!
 my syurgaa :) mama and abah.. abah 57 tahun, mama 54 tahun :)
dah tua dah diorg...hahha..but cinta syira terhadap mereka kekal muda sweet sweet gituwww :P
Kami check in jam 3 petang, sepatutnya masa check in 4 petang..tapi sebab bilik dah kemas, kami dibenarkan masuk awal...so lepas asar kteorg jalan jalan sekitar port dickson..pergi teluk kemang...berjalan sekitar pantai...and singgah la minum cendol and coconut shake !



bagi kami coconut shake ni kurang power sebab hanya kisar air kelapa tanpa aiskrim vanilla..but for original taste..oke !
cendol pula memang superbbbbb ! cukup lemak, cukup manis !
sampai sekarang teringat lagi cendol ni...

Lepas berjalan kami pergi makan and kembali semula ke villa..yelaa..dah bayar mahal mahal haruslah manfaatkan villa yang disewa kan..

DAY 2

hari kedua kteorang pergi MELAKA !
Yes..melaka bandar bersejarah..disebabkan banyak lagi masa, hari pertama dah jalan jalan sekitar port dickson...so hari kedua kami berjalan di Melaka..ini bukan 1st time ke Melaka...sebelum ni abang Syira belajar di salah satu U di Melaka..so jenuh dah berjalan sana..
ni pun pergi sebab mama teringin nak makan ASAM PEDAS !


hari kedua masih lagi 5 orang...kteorang kalau bab makan memang suka sangat !
siapa tak suka makan kan..ni lunch kami...and ada 1 lagi lauk..udang goreng..
mula-mula tak ambil udang goreng sebab lauk banyak dah tu tapi time makan, mama asyik jeling jeling je kat udang tu sebab udang tu beso..pekerja pula susun lawa lawa..mana tak tergoda kann..
haha..lastnya abah ambil juga udang tu ..


lepas makan shopping di dataran pahlawan..beli macam-macam makanan, ada yang untuk makan sendiri, ada yang beli sebab nak bagi orang..mata Syira pandang mashmallow je..
pergi Melaka beli mashmallow je ?? hahaha..dah tiba tiba teringin..warna pin bentuk rama-rama pula tu..mana tak tergoda kan..beli la satu..yang lain beli dodol la,biskut, macam-macam ada..
siap beli pes ikan bakar, pes asam pedas..
konon-konon balik rumah nak masak asam pedas ala Melaka..
tapi for me..masak sendri tak sama dengan air tangan orang Melaka sendiri, memang sedap !
dah penat shopping ,kami kembali ke Grand Lexis Port Dickson..
bila dah sampai villa baru teringat, tadi kat Melaka nak pergi naik bot yang jalan atas darat dan air tu...menara taming sari, cruise, eye on malaysia yang sebelum ni ada kat Melaka kteorg dah pernah pergi..
so tak perlu nak pergi lagi kan, yang bot ni belum pernah try..tapi yang sedihnyaa...
boleh pula lupaaa !...
bila sampai je ..

Syira : eh, lupaa..tadi kan nak naik bot tuuuuuu....
Abah : aah laaaaa..abah pun lupaa..memang tak ingat langsung.
Mama : mama ingat je tadi tapi sebab dah penat,diam je la..
Syira : npe tak bagitauuu ??
yang lain : krik krik krik...
*pandang mama =,=

dah sampai port dickson memang tak la patah balik kann..redha je le kome oii..

DAY 3

Hari last kami di Grand Lexis Port Dickson.
time ni abang no 2 dah balik KL..and adik Syira, abang 1st dengan family dia pula sampai tengah malam semalam..
so pagi ni kteorg habiskan masa dalam bilik ..and terjunnnn kolam !
hari ni best sebab ada 2 budak kecik comel mengade nakal banyak akai ni..
Naurah Irdina and Mior Muhammad Haziq..dua orang anak buah Syira..

Seronok diorang mandi...pelampung memang saja beli sama..sebab kalau lain lain kang berebut..bioo sama hijau ben 10 !
..lama beno deme mandi, suruh naik tak mo..lantak kome..
lastnya semua naik, barulah dua budak kecik ni nak naik juga..kalau tak..berendam je deme..

pukul 12 kteorg check out and kembali pulang ke sarang :D
Seronok habiskan masa dengan family..bukan senang nak kumpul sekali and semua ada..sekarang ada yang dah bekerja, belajar...time cuti je boleh jumpa..
Syira pun time cuti sem macam ni je boleh holiday..
ni lah nikmat..rezeki Allah bagi..indah sangat :)
Terima kasih..

Kalau korang nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson ni
lawati laman web : http://www.grandlexispd.com/

Tempat yang berbaloi untuk bercuti bersama family ^_^


# FOLLOW INSTAGRAM SYIRA LOKMAN : http://instagram.com/syira_lokman/

35 comments:

Anonymous said...

nice writing and blog.teringin jugak pergi tp kalau 2 malam 1 hari berapa ya?

Syira Lokman said...

@Nur Azlina Nasri UTK EXECUTIVE POOL VILLA.. 2 KATIL KING SIZE RM800 ++ TERMASUK TAX BUT SEBAB ABAH GOVERNMENT SERVANT DPT MURAH SIKIT..THEN UTK BULAN JANUARI PULA DISCOUNT 20% ..TU REZEKI

Bro Framestone said...

Hai papa & mama.....

Syira Lokman said...

@Bro Framestone amboi bro...hehehe.

iamnorzi said...

seronoknya bercuti ... :)

Unknown said...

menarik sangat, kalau percutian yg mewah macam ni semua orang tak sabar nak pergi ni termasuk cik noor sndiri haha, btw ur mom sama lah umo dngn makcik so panggil cik noor saja ya

hana hadi said...

ok dah mula berangan
"bestnya kalau villa ni milik aku"

dah macam banglo dah. erk, lebih dari banglo :)

Miya Amira said...

wah dapat juga merasa tido kat situ...
kat Melaka tu rugi xtry naik bot tu...
tapi nanti lain kali blh try..

♥ Nana BamBam ♥ said...

Salam,

menarik nya tempat percutiaan tuu.. :)

Pojiegraphy said...

Syira dah jejak kat sini. Aaaah tidak! Pojie lagi belum jejak kat sini. Tertarik dengan private pool dia tu. Best sebab tak perlu risau untuk campur dengan orang lain plus boleh buat photoshoot dekat pool tu. TQ for sharing. Nanti kalau ada rezeki, boleh pergi ni. Lagi best kalau pergi dengan family kan? Hehe

Syira Lokman said...

ni rezeki syira kot dpt pergi...seronok..dah lama teringin sebenarnya,kali ni baru dpt and siap bawa 1 family terus...abah ckp "nak bg semua merasa" hehehe...

Cik Nor said...

seronoknya bercuti..:)

Lya Akif Imtiyaz said...

Wah seronoknyer cuti bersama keluarga.hehehe bilik dah besar sumbat semua ta syira hahaha,.ya laaa bk kta syira manfaatkan ruang yg ada ...kak lya pon klau g jln jauh ngan ank2 mmg bwk toto sendiri sbb ank2 tak tahan sjuk slimut ngan toto br ok hehe..seronok tgk msk abah syirz sweet2 gtuuu

Unknown said...

bestnya bercuti dgn keluarga..kalau ada rezeki lebih nanti ,nak jugak ke sini.insyaallah :) cendol tu yg meleleh air liur

dalila said...

bestnye syira..mmg tmpt percutian idaman sgt2..tp napela mahal sgt lahaiiii..klu gi ramai2 bebaloi la kan..klu ktorg nk pegi 1 family mmg kene simpan duit bebulan2 la..huwaaa *nangesss*
cendol tu nmpk menarik sgtttt..

khadijah said...

bestnyaaa..

Unknown said...

Salam Syira...

bonde pon pernah bercuti dekat sini memang grandlah Grand Lexis ni...

bonde suka pool dlm room tu :) syok mandi manda

Maria Hasun said...

Wah bestnya berjalan-jalan. eh kalau nak harga murah boleh contact kita. sbb kita kerja travel agent. utk hotel dlm malaysia je la ngeee

Syira Lokman said...

ALHAMDULILLAH..SEMOGA SEMUA ORG ADA REZEKI NAK CAPAI IMPIAN MASING2 :)

izzeyda said...

bestnya.. tapi maunya kena simpan duit berbulan2 atau setahun, baru boleh jejak kaki ke sini..

drshikinzainal @ ekin said...

Hotel mahal:)
Memang nampak best.
Berhajat nak check in jugak on 1 sweet time.

Nadia Johari said...

bestnya..cantik tempat die

Ezad Skytech said...

da lama nak try menginap di Grand Lexis PD...memang puas hati kalau dapat bilik macam ni... :D

Anonymous said...

Wahhh.. cantiknya tempat ni.. pernah jugak bercuti di Port Dickson, tp masa tu sambil team building..

http://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/

cikguluv said...

Masuk ramai2...dorang tak kesah ke.... hihi...maklumla....grand lexis kan...kalau gitu akak nak bawak satu gerabak.

Unknown said...

jemput baca review pasal avani AVANI SEPANG GOLDCOAST

Unknown said...

Brp diskaun klu government servant? Dan mcm mn cara booking klu government servant?

Yun Sing said...

Exclusive haha.. harga pun sama xD

Unknown said...

dik, nk tanya, hotel ada query tak bw masuk family ramai2 mcm adik(10 org) sekaligus?

TH said...
This comment has been removed by the author.
TH said...

Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD

mya laluna said...

salam..awak nak tanya, bilik tukan ber4 je, xpe ke sumbat ramai2? diorng x check ke? sbb ade plan nak ke sana dewasa 7org, ingt nak ambik 1bilik je sbb besar kan..

Syira Lokman said...

@mya laluna salam..boleh je..ikut keselesaan tetamu sendiri..mana2 hotel pun mcm tu, dia tak check sbb mmg normally org masuk ramai2 :) cuma dia tak galakkan sbb bising

Anonymous said...

Syira saya rasa awaklah calon yang paling sesuai.

Unknown said...

~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
bagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
PROMOSI CUTI SEKOLAH!
PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
ANDA AKAN MENIKMATI
1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
bintang berserta sarapan.
4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
*yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
terima kasih

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah