"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, August 7, 2015

8 Tips Keluarga Bahagia.

Assalamualaikum
hye semua :)

Setiap insan impikan keluarga yang bahagia. Berkahwin dengan pasangan hidup kemudian memiliki anak dan membimbing mereka di jalan Allah. Namun, kita harus sedar tentang kehidupan, sentiasa ada ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi sebelum kita terima kebahagiaan. Kita boleh berusaha untuk mewujudkan keluarga bahagia yang kita impikan dengan mengamalkan beberapa tips. Jom baca dan amalkan tips yang Syira kongsikan ini.



PUJI
Setiap orang sukakan pujian. Oleh itu, setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi apa sahaja pertolongan. Sekiranya anak kecil anda melakukan sesuatu yang membanggakan walaupun ia tidaklah besar mana, namun berikan pujian agar anak anda rasa bersemangat dan dihargai.

PELUKAN
Kuasa pelukan mempunyai auranya yang tersendiri. Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Jika mempunyai anak, pastikan anda memeluk anak-anak setiap hari agar mereka rasa disayangi.

PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Kadang kala apabila anda mempunyai wang yang lebih, belikan sesuatu buat pasangan atau anak anda. Ia seperti kejutan yang istimewa.

PERHATIAN
Berikan perhatian kepada pasangan dan anak-anak anda. Dengar setiap butir bicara mereka kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan dan anak terasa diabaikan. Mulai hari ini, cuba jadi pendengar yang setia buat keluarga.

PERSEFAHAMAN
Sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. Cuba fahami dan terima perbezaan sikap pasangan, anak serta kerjaya agar hidup harmoni dalam berkeluarga.

PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

PERCUTIAN
Semua orang sukakan percutian. Luangkan masa untuk membawa pasangan dan anak anda bercuti ke mana sahaja yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. Percutian boleh menenangkan jiwa dan kegembiraan yang dikongsi akan mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga. 

PERMOHONAN
Walau apa jua cara yang kita lakukan bagi mewjudkan keluarga yang bahagia. Tips utama ini tidak boleh kita lupakan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Dunia ini sentiasa dipenuhi tipu daya dan dugaan. Bimbing keluarga anda berjalan atas landasan Tuhan dan Allah akan limpahkan kebahagiaan dalam keluarga anda.
Keluarga Bahagia Aset Akhirat

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. 
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. 
Semoga kita memiliki keluarga yang bahagia dan disayangi Allah.

10 comments:

nor_farihan said...

nice sharing hehe :)

kak gojes said...

perkongsian yg baik

anys nadhilah said...

thanks for the tip syira

Yuliana Wahit said...

good sharing.. jemput singgah my site.. http://sayeshukepink.blogspot.com/

Eintan Nurfuzie said...

yg penting taat dgn agama.. bl taat ngn agama.. insyallah.. semua tips ni akan dtg sndri

emma diana said...

Th best Tips sharing

Sheila Adziz said...

nice sharing sis... Allhamdulillah

Nadia Johari said...

tips yang berguna

izzeyda said...

nice sharing..

Amelia Effendi said...

nice sharing, betul sgt. Insyaallah kalau ada semua tu,
takde la gaduh2 kt rumah. hihi

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah