"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, January 28, 2015

Blog Syira Lokman berusia 4 tahun.

Assalamualaikum

hye kesayangan semua :D
sihat ? lama tak tanya khabar korang kan..
sibuk join giveaway sini sana, sampai lupa nak share pasal diri sendiri..hehe..

alhamdulillah..
blog Syira baru sahaja meningkat usia :D
Blog Syira Lokman dah mencecah usia 4 tahun. Rasanya betul2 active pun 2 tahun je :P
ce tengok blog archive di bahagian kanan blog ni..
2011 (37 entry)
2012 (73)
2013 (90)
2014 (627)
...nampak sangat jauh bezanya kannn :D
hahaha...ntah mana la dapat idea mencurah curah nak update blog tu walaupun kadang otak beku ! :P
..zaman sekolah..merepek je lebih..
update blog pun jarang..pastu tak tahu pun kenapa ada blog..
ahaha...ni lagi parah !
bila dah bosan, mula nak delete blog..
tapi, bila nak delete blog je rasa berat hati...
rupanya "berat hati" tu yang membawa banyak rezeki dari blog pada hari ini :)

Daisypath Anniversary tickers

FRIDAY, JANUARY 28, 2011 (entry pertama syira)
..ce cari and baca entry awal ape syira tulis..ce baca..ce baca...hahaha..
lawak la..merepek !
alhamdulillah..berkembang juga blog ni..
sebelum memilih untuk terus berblog dengan misi yang baru, Syira mula delete entry yang tidak sepatutnya, yelaa..dulu pun nama je pakai tudung tapi still tak tutup aurat sepenuhnya.
Untuk 4 tahun ini..
macam2 dah lalui..
berblog sejak di bangku sekolah (form5) hingga sekarang dah menjejakkan kaki ke universiti.

masih mentah jiwanya namun ada isi yang boleh dikongsi menjadi penambah selera.
Semoga masih ada jiwa jiwa yang kekal setia menikmati rasukan dari blog ini.
Semoga masih ada yang berani memberi peluang kepada blog ini untuk terus berdiri setinggi bintang di angkasa walaupun pemiliknya masih mentah usianya.

Banyak anugerah indah diterima sejak 4 tahun ini. 
Makin ramai kawan, dapat banyak ilmu baru..seronok..semuanya ramah :D
Jatuh bangun jatuh bangun..
masih ramai yang menyokong apa yang Syira lakukan. 
Diterima untuk terus kekal di sini pun dah cukup baik :)

Rezeki mencurah curah untuk 4 tahun ini.
Kali pertama apabila Blog Syira Lokman terpapar di dalam Majalah Remaja kemudian berita gembira diterima lagi apabila terpilih untuk ruangan blogger dalam Harian Metro.. (Metro-baca online).
Tidak terhenti di situ apabila blog ini dipilih untuk menghiasi ruangan blogger pilihan dalam Utusan Malaysia.... (Utusan-baca online)
Allah..indahnya...semua ini dalam tahun yang sama..iyaa :)
tahun yang sama iaitu 2014 :D


Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.
Masih ramai lagi blogger hebat dari Syira..
masih belum layak untuk disenaraikan sebagai MALAYSIA BEST BLOG 2015.
tapi kali ni rezeki Syira :)
alhamdulillah..
Blog ialah medium untuk syira menulis sesuatu buat semua :)
Setiap yang dikongsi diharap dapat memberi inspirasi dan membantu kalian, pada masa yang sama dapat mengingatkan kalian dan Syira sendiri yang selalu alpa.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.
Terima kasih buat 4000 lebih pengikut setia blog ini :D
mungkin pada orang lain, angka ini tidaklah hebat mana, tetapi nilai angka ini yang membawa Syira setinggi kejayaan hari ini.

I'm just ordinary girl with my extraordinary life..!
Bermula hanya sekadar suka suka but now i have my own mission :)
Mempunyai 5 adik beradik and Syira puteri tunggal ke4 yang
bercita cita untuk memiliki butik pakaian, yayasan kebajikan dan buku hasil penulisan Syira sendiri.
Saya menulis untuk diri sendiri..untuk orang lain..kamu , mereka..atau sesiapa sahaja :) 
moga bermanfaat !
Tahun ini (2015) lain pula ceritanya..berblog di alam universiti ketika diri mula melangkah ke angka 21 tahun :) Doakan Syira terus cemerlang dunia akhirat ye..
Semoga masih ramai yang sudi membaca dan berkongsi rasa.
Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)
Apa yang pasti,kejayaan kita hari ini bukan sahaja dari hasil usaha kita, tetapi dari doa insan2 mulia yang ingin melihat kita berjaya :)


Moga kita dijauhkan dari lupa diri. 
Moga Allah lindungi hati ini.

Terima kasih semua...hadirnya korang dalam hidup Syira indah sangat !

lepas ni kena makin rajin singgah dan baca entry di blog Syira tau :)
Kalau ada Syira hutang hadiah ke apa, bgtau segera ye..kadang mungkin lupa..
Maafkan atas kekhilafan Syira sendiri..
Semoga hidup kalian diberkati :)

Sekiranya ada apa2 urusan boleh terus berhubung dengan Syira :


Other than URL given, I do not own any other social media network.
Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma atau sebarang urusan, please add fb, follow twitter atau pun email je :)
insyaAllah i will help you :)
Harga serendah RM10 :)


23 comments:

khaty aiman said...

Tahniah ira untuk kejayaan yang di kecapi..termenung apa tue kat view yang best tue?

Nur Inani said...

lama dah tu empat tahun. kita baru nak masuk dua tahun. heee. semoga terus semangat untuk berblogging ^ ^

Miss Xyz said...

woah lamanya berblog

yang baik Ishak said...

Tahniah dan happy birthday to blog syira lokman. Semoga sukses dalam dunia blogging dan terus menghasilkan karya yang berkualiti untuk tatapan dan rujukan semua.

Syira Lokman said...

@khaty aiman hehehee...tq ! amik feel tu tgk pantai cantikkk sgt !

Syira Lokman said...

@Nur Inani goodluck awak ! syira dah 4 tahun pun..3 tahun lalu tu blog terabai :P

Syira Lokman said...

@Miss Xyz hehehee...ilmu masih cetek lagi :)
last year baru aktif !

Syira Lokman said...

@yang baik Ishak terima kasih sbb sudi jenguk blog syira..hehehe...semoga berjaya juga !

Yan Saflina said...

Tahniah...saya pulak masuk 5 tahun tapi blog cenggitu je..hahaha..:D

yang baik Ishak said...

Syira... akak tag awak di sini http://yangbaik.blogspot.com/2015/01/giveaway-mudah-amirnawawicom.html

Saljiah Zafirah said...

dah lame tu, mesti banyak pengalaman kan..hihi
tahniah =)

Dunia Zumal said...

Tahniah yer Syira... Moga terus maju jaya tau ^-^

POJIEGRAPHY BLOG said...

Selamat Hari Jadi buat blog Syira! Hehehe. Tahniah juga. Teruskan menulis! Saya tetap follow blog awak dari belakang :)

Syira Lokman said...

@Yan Saflina hehehe...tpe..teruskan usahaa

Syira Lokman said...

@yang baik Ishak baikk ! tq..dah join pun..hehehe

Syira Lokman said...

@Saljiah Zafirah masih cetek lg ilmu..tp apa yg syira tau boleh je bantu :)

Syira Lokman said...

@Dunia Zumal terima kasih !teruskan doa yee :)

Syira Lokman said...

@POJIEGRAPHY BLOG terima kasih ! goodluck juga ye ^_^

Busyra Bt Takiyudin said...

teruskan berblogging syira. jgn sesekali delete blog awak ni ye. dh cukup cantik sy tngok. blog ni kekadang bg semangat untuk kita kan.

Papaglamz said...

Peb peh peh.. 4 tahun tu.. Semoga terus melangkah lebih jauh dlm dunia blogging ni n mencapai kejayaan. Nasib la ternmpk promosi sponsor GA tu, klu x, mst x dpt follow blog si adik manis ni. Hehehehe.. Keep it up miss sweet 21.. :)

Afiqah Azmee said...

makin lama makin banyak syira post kn. kita ni makin lama makin sihat huwaaa. Tahniah syira!

ros_reeza said...

Tahniah yer.. Banyak kejayaan dalam tahun 2014. Moga terus maju ;)

aRz MoHa said...

semoga berjaya syira

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah