Assalamualaikum
hye semua :)
Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat banyak rahsia dan antaranya adalah :
- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.
Bersedekahlah walau hanya RM1, kerana suatu hari nanti nilainya mungkin menjadi RM100.
Kita tidak akan kehabisan wang jika bersedekah, malah nikmat hidup kita akan bertambah.
Andai tiada wang, kita juga boleh bersedekah iaitu sedekah ilmu :) ilmu takkan pernah habis.
Dalam hidup ini, sentiasa ada jalan untuk melakukan kebaikan, maka buatlah tanpa alasan dan penuh keikhlasan :)
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Riwayat Bukhari
http://instagram.com/syira_lokman/
8 comments:
nice words.
yup jom sama-sama pupuk amalan bersedekah.
in shaa Allah hidup & rezeki kita bertambah lapang.
zaleha just wrote: Resepi Daging Masak Kicap
Sama2 kita bersedekah sempena Ramadhan yang masih berbaki ini...
Sedekah la dengan apa saja cara. Yang penting, ingatkan diri bawa bersama selalu keikhlasan. Sebab sedekah tu takkan namanya sedekah jika tak ditemani bersama ikhlas. ^_^
Alhamdulillah, semoga selalu bersedekah :)
Hebatnya sedekah.. Lebih2 lagi dlm bulan ramadhan ni
yup betul tu.. sedekah la.. akan dipermurahkan lagi rezeki kita...
semoga sedekah dijadikan amalan sepanjang masa.
betul tu syira.. dah pernah rasa hebatnya bersedekah ni..
Post a Comment