"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, June 21, 2014

Entry PENGHARGAAN :)

Assalamualaikum
hye semua !


Alhamdulillah..setiap hari ada sahaja rezeki yang Allah beri :)
antara sedar atau tidak..

Blog ialah medium untuk Syira mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.

Rakan Blogger ...
 Terima kasih setia menjadi guru Syira :)
Tanpa kalian, sehingga kini mungkin blog Syira masih berada di takuk lama...Yang mungkin sekarang pun ada yang tak suka baca :P
Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.

Syira pernah terdetik untuk delete blog tapi lepas stpm syira mula nampak yang blog boleh digunakan untuk menyebarkan kebaikan.
so syira delete entry lama yang merapu dan cuba jadikan blog Syira antara yang terbaik :)

Dulu Syira ada fanpage yang bergabung dengan kawan baik Syira tapi bila dia tak aktif berblog..Syira decide nak buat fanpage baru dengan nama sendiri..sayangg juga sebab fanpage lama dah beribu pengikut..
tapi atas nasihat bro framestone..syira berani mula balik dengan my own fanpage iaitu

Terima kasih Bro framestone sebab pernah cakap kat syira "jangan takut untuk mula balik"
Terima kasih Hasrul Hassan sebab tak sombong dengan blogger baru and kongsi tips yang amat berguna.
Terima kasih kak Zaza, Kak Julia pemilik blog Akif imtiyaz ,Kak Fiza yang sudi edit blog syira and layan soalan syira macam2 tentang blog..
kalau nak dicoretkan semua nama mungkin dalam 1 entry ni sahaja tidak cukup..
banyak juga yang menjadi silent reader..syira tahu :)

Terima kasih semua yang sudi pm syira semata2 nak tolong syira untuk interview degree hari tu :)
Terima kasih sudi masukkan link blog syira dalam bloglist kalian :)
Terima kasih tukang komen setia yang selalu tinggalkan kata2 semangat setiap kali jejak blog ini dan 
Terima kasih semua yang setia membaca setiap entry dari blog ini :)

Syira tiada kehebatan dalam seo..pageviews pun tak ada la sampai jutaan pengunjung..
asal ada yag nak baca pun dah cukup buat Syira gembira :)

seronok berkongsi sebenarnya..
bila ada yang pm nak tanya tentang form 6,nak tanya tentang interview..
seronok ! sebab dapat tolong orang..dapat naikkan semula semangat mereka yang rasa tak boleh nak bertahan dengan stpm.

Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)
Doakan Syira berjaya sambung degree bulan 9 ni..
Doakan Syira capai impian Syira dan berjaya dunia akhirat.

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.

Untuk blogger baru..jangan putus asa :)
Syira juga masih baru...baru melepasi fasa 3 tahun dalam dunia blog :)
sekarang ni sedang meniti di tahun ke 4 berblog :)
usaha itu perlu ..

\
You don't always get what you wish for, you get what you work for.
kekalkan niat baik anda untuk terus menulis entry yang bermanfaat ..

Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.
family,cikgu..kawan2 :)

Terima kasih atas segalanya.

Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.


"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu .BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hassan Al Banna -


23 comments:

MISSNICK said...

Keep your good work dear :)

Anonymous said...

congratulation :D u deserved it..

Jejari Menaip said...

Singgah sini..salam sabtu

✿INA AINAA✿ said...

All the best ye syirah.. Keep moving forward!

kimchaa said...

Gud Luck Syira. Saya masih baru dalam dunia blogging dan saya banyak beljar dari blog Syira :)

Dingdang said...

tahniah syira. jangan pernah berputus asa :)

Aisyah said...

Good luck kak Syira!
Aisyah dan rakan2 blogger yg lain akan sentiasa menyokong penulisan blog kak Syira.. semua entry2 kak shira dalam blog ni penuh dengan informasi!
keep it up always.. im new blogger too.. :)

Lya Akif Imtiyaz said...

TAHNIAH Syira ..teruskan berusah untuk jadi lebih baik ..TERHARU kak lya dengan entri ni ..Tq Syira ..

aswaleyla said...

keep it up . jangan la delete2 . ok la blog syira . suke datang sini .

Byzura Halifah (MB) said...

tahniah syira. saya kagum dgn syira dan jadikn syira sebagai sumber inspirasi saya.

nor_farihan said...

Tahniah syira...

amanina nasuha said...

tahniah syira...sy mahu jd sperti syira..yg pentg usaha kan...doakan sy untuk kmbali aktf untk berblog kmbali...dan keep in touch ye syg :)

Nur Madihah said...

tahniah kak :) Saya pun nak jadi macam akak juga. ^_^
Chaiyook2

Anonymous said...

all the best syira..

NAZLIANA SI CUTE said...

jgn giveup kan..allah sentiasa ada ni email ana adna2029@gmail.com

Syira Lokman said...

Allah :,) hebatnyaa..terima kasih semuaaa ^_^

iamnorzi said...

tahniah syira.. kak norzi dah follow blog shira.. no 3889 kalau tak keberatan jemput follow di http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com/ atau http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/

faizal said...

Good luck

Azhafizah MN said...

sama sama syira..thanks jugak untuk syira :) apepun all the best for your future and happy blogging :)

Iola said...

you are my inspiration you know? hee :)

Yun Sing said...

Teruskan usaha ^_^ Terbaek ! :D Be the best among the best ^^

Syira Lokman said...

terima kasih semua..tak kenal pun tp sokongan nya alahai..mcm duduk dalam perut mama sama2 :) hehehe..
syira doakan kalian juga berjaya insyaAllah ^_^

Unknown said...

Btol tu syira, kalo kita manfaatkn blog ni sbaiknya, byk manfaat yg bleh kita peroleh =)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah