"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, June 7, 2014

Matang

Assalamualaikum
hye semua !


Kematangan bukan diukur dari usia.
Usia hanya nombor yang bertambah dari tahun ke tahun.
Terus bertambah setiap tahun walaupun jiwa kamu masih kosong.

Kita boleh lihat kematangan seseorang dari apa yang dia buat dalam hidup dia.
Dari percakapannya.
Dari tingkah laku dia dan dari setiap perancangan untuk masa hadapan.

Berusahalah untuk menjadi matang.
Timba ilmu dan pengalaman kerana dari dua faktor ini akan terbitlah kematangan dalam diri.
Bercakap dengan ilmu lebih baik daripada hanya bercakap dengan sumber yang kamu dengari (sesuatu yang belum pasti sahih).

Ilmu dan pengalaman menjadikan kamu lebih matang dalam setiap tindakan :)


6 comments:

Sis Vee said...

perjalanan hidup dan apa yg berlaku disekeliling seseorang itu menjadikannya cepat dan lebih matang ...

✿INA AINAA✿ said...

Betul tu! Ena cukup tak suka orang yang dah umur tua dari kita, suka bongkak kata diri dia dah matang sangat. Hurmmmm

Ena pun masih tak matang

MISSNICK said...

Pengalaman mendewasakan kita...buat kita jadi matang untuk hadapi apa saja yang mendatang :)

Lya Akif Imtiyaz said...

Pengalaman hidup mengajar kita untuk lebih matang dlm mengharungi liku2 kehidupan

kimchaa said...

betul, tua tak semestinya membuatkan seseorang tue matang, tapi ilmu dan pengalaman mampu membuatkan seseorang itu matang :)

Azhafizah MN said...

jadilah seseorang yang matang :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah