"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, January 20, 2014

Berita sedih lagi :(

Assalamualaikum
hye semua !

Berita sedih lagi :(

Mengharapkan doa kalian ..

Before ni Syira ada bgtau yang abang Syira masuk wad sebab denggi kan ?
Denggi tu dah oke, tetapi sekarang disyaki kencing tikus pula and tadi dapat tau badan abang gatal2..
Hari ni hari yang ke 12 abang ditahan di wad.

Dua anak abang iaitu Haziq (1 tahun 11 bulan) dan Naurah Irdina (6 bulan) demam ..
Tadi Irdina masuk wad sebab demam panas and badan irdina sampai biru2..siann diaa..
So sekarang, abang dan irdina admitted di hospital yang sama..
Masalahnya sekarang, Kakak ipar Syira, Kak Sarah dah kena kerja esok..
Abang dan irdina kat wad tak apa ada orang jaga..
And mak kak sarah akan jaga irdina di hospital.
Tak tahu siapa yang nak jaga Haziq pula..
susah kalau bawa Haziq ke hospital dalam tempoh yang lama,
faham2 je la perangai anak kecil..cepat bosan..nanti Haziq menangis lagi susah..dengan nak jaga irdina lagi

Mungkin esok Syira and mama akan ke Shah Alam and jaga Haziq..
so Kak Sarah boleh kerja.
Ni dah 2 kali irdina ditahan di wad..kecil lagi tapi dah macam macam sakitnya..
harap Haziq yg demam ni pun cepat sembuh.. tde la pula Haziq masuk wad..

Syira just nak minta semua tolong doakan family abang Syira ni terus sihat dan kuat :)

Ni ujian buat mereka..

Doakan abang, Haziq dan Irdina cepat sembuh.
Doakan juga kak sarah kuat jaga suami dan 2 anaknya ..

naurah irdina :)
DOAKAN YE ^_^

## Syira pun dah 2 hari demam, alhamdulillah hari ni dah oke sikit :)

21 comments:

Linda said...

Syira, saya doakan semuanya ok..insyaAllah...semoga dipermudahkaan...amin

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

NinaAz said...

comelnyaa anak abg syira. Ya Allah. berikanlah kesihtan yg baik utk beliaaauu... semoga cpt sembuh

Isya PurpleZ said...

syafakillah.. moga cepat sembuh. sakit tu salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita.. :)

Eimma Esmail said...

moga cepat sembuh syira. :)

Cik Yaya said...

insyaAllah semoga mereka sihat dan cepat sembuh

Nur Shafiq said...

mudah-mudahan segera sembuh.amin,amin,amin.

Abak Lorong Cinta said...

In Shaa Allah... doa Abak mengiringi.... Amin ya Rabbal Alamin...

deno said...

semoga segalanya okey dan dipermudahkan ya dear...

Wan Maruzen Wan Husain said...

Sabar ye Syira...moga mereka cepat sembuh dan diberi kesihatan yang lebih baik...amin

Iola said...

semoga cepat sembuh ya syira dan famili syira yang tak sihat =)

Mimi Azirah said...

Semoga fmly abg shira tabah..n smga abg shira n irdina cpt sembuh

Phoebe said...

Semoga cepat sembuh dan diberi kesihatan penuh kepada Syira dan keluarga.

Wafi Remli said...

Semoga mereka cepat sembuh...

Siti Hajar said...

Semoag semua ahli keluarga cepat sembuh ye. Amin :)

E'in said...

alahai kesiannye.. semoga mereka cpt sembuh..

MAKCIKaryati said...


Assalamualaikum,

kalau kita ada masalah...susah hati ke..takut ke..risau ke...

dont worry, perform solat, doa & sabar.
Let Allah do the rest. :)

The end of the day, walau apapun keputusanNYA, 100% sure will be the best for you.

Everything will be fine, insyaallah.

Take care!

Nik Azidah said...

ini semua ujian tanda Allah SWT sayang....harap semuanya bertambah baik....sabar ye syira :)

Nur Khairiah Irwanie said...

ujian tanda Allah syg akn hamba2NYA :) .semoga cpt sembuh ye..InshaAllah

Abak Lorong Cinta said...

katkan bsabar.. In Shaa Allah,Allah aturkan pernacgan yg sngat baik..sama2 doakan

sYiRa LoKMaN said...

alhamdulillah..tq semuaaa ^_^ syira tengah blogwalking ni..terima kasih mendoakan :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah