"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, January 9, 2014

Hukum Karaoke.

Assalamualaikum
Hye semua.

Syira sure sangat ramai yang giler karaoke kan ? pergi mana mana mesti nak karaoke,
Nak release tension..betul tak ? 
Tapi tahu tak karaoke ni boleh jadi haram ?
jom baca ni :)

Apa itu Karaoke ?

Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus one seperti yang terdapat dalam video karaoke. Sekarang ini karaoke canggih, dan kita bebas untuk memilih jenis lagi seperti rock, nasyid dan sebagainya.

Hukum : 

HARAM jika bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram , ganggu jiran dan sebagainya yang haram.
HARUS jika yang mendengar suara kita itu adalah mahram kita.


Hukum Berkaraoke?

Berkaraoke di rumah. Jika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak haram, lirik tidak haram dan sebagainya. Jika anak-anak perempuan sedang menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram. Sama jugalah jika berkaraoke di pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar bilik
Jadi, kita perlu renungkan semula. 
(Read more: [rahmanbashri.com])


Hukum muzik itu dan nyanyian tergantung di atas beberapa neraca pertimbangan iaitu :
  • Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat.
  • Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya.
  • Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut.
  • Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu.
  • Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan.
SUMBER :
[ustaz.blogspot.com]
[rahmanbashri.com]

Sekadar berkongsi :)
Untuk info yang lebih jelas, mohon bertanya dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini, 
terima kasih :)

##Syira sendiri tak pernah karaoke tapi pernah masuk "pusat karaoke" 2 kali....
...ikut kawan time sekolah dulu..
..tak nyanyi sebab suara tak sedap pun.. :P hehe.. tapi sekarang memang takkan pergi dah laa.. :)

Muhasabah diri :)


9 comments:

dyla atsuya said...

aiyokk.. nasib jarang dah hangout pi karaoke.. lepas ni dah kena elakkan da la ^^

Nur Shafiq said...

berjemaah karaoke dengan mahram la molepnya :)

emeliena said...

Wahh, thanks for sharing. Selalu jadi peng-karoeke tegar dalam bilik air ja. hehehe

Jemput singgah : Break up ! Putus !

Dzureen Darwis said...

alamak. thanks ingatkan :)

zaza zehra said...

syira..sama dgn akak...2x pnh msuk xpernah nyanyi..dan skg mmg xmasuk lagi... mcm panggung wayang pun sama.. :)

Kay Sham said...

Salam...saya suka dengan perkongsian ini. kerana ramai yang tidak tahu.

Ikuti blog saya
http://dakwatbiruhitam.blogspot.com/

blogger baru berjinak....terima kasih dan salam ukhwah.

Iola said...

hihi..memang tak minat..malu dan segan.. karaoke dalam bilik sendri je..tu pun tgkap pintu semua tutup rapat =P thanks for sharing.. ^_^

sYiRa LoKMaN said...

lebih baik karok sndri2 je..selmat hehe..org pun tak dengar n dpt dosa juga :)

Natasha Binti Nordin said...

kan.. bukak utube, melalak. save budget :P

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah