"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, January 5, 2014

Resepi kek lapis pelangi.

Assalamualaikum
hye semua !

Syira sebenarnya teringin sangat nak buat kek lapis sendiri, so hari tu saja la try buat ..

...
...
...
Tadaaa !! 
hehe..macam cantik je, macam comel je.. 
kannnn :D


Dalam mood kerajinan nak buat kek setelah sekian lama tak buat !
Niat asal nak buat kek lapis yang bertingkek tingkek sampai 10 tu..
disebabkan kena bakar setiap lapisan tu satu satu, Syira malehhh beno nak nunggunyeee..
so jadi la kek 4 tingkek yang tak samaa.. :D haha..janji bertingkek tingkek ye dak :D

Nak try buat tak ?
ni resepi.. dalam blog ni Syira share resepi yang mudah je, janji sedap !

Bahan-bahan :

250gm tepung gandum
4 biji telur
65 gm mentega cair/minyak jagung
25 gm air dan sedikit esen vanila
sedkit susu pekat
300 gm gula pasir
100gm Horlicks/ nestum
ovellet *jika ada
Koko
Pewarna merah dan hijau *pilihan

Cara -cara :

  1. Masukkan gula & mentega dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. 
  2. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks/nestum. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet. Pukul hingga sebati.
  3. Bahagi adunan kepada 3. a) masukkan koko  b) warna hijau c)warna merah
  4. Sapukan mentega di sekitar loyang. Masukkan sesenduk adunan A kedalam Loyang. Bakar guna api atas. Jika kek di bahagian atas sudah agak kuning keperangan, Bolehlah di lapis dgn adunan B. Ulang step yang sama dan masukkan adunan C pula. Buat berulang sehingga habis adunan. 
  5. Guna api atas sahaja.

Selamat mencuba ! dah siap nanti pos ye ^_^


15 comments:

Aimi Farhana said...

Sedap la pulak. Mengidam nak makan benda manis~~

cik yaya said...

yaya tak nak buat..yaya nk syira buatkan boleh? then hantar sini..hehe ^_^
salam perkenalan

Batrisyia Delaila said...

nyum2..nak try buat dengan ibulah.. BTW, miinntsk followback http://batrisyiadelaila.blogspot.com/

NinaAz said...

kek lapis ni kena rajin kaannn. hehehe gigih syira buat

sYiRa LoKMaN said...

aimi : kne buat la kalau dah mengidam.hehe..tp jgn buat manis cgt..kne manis dlm senyuman je :D

CIK YAYA : HAHA...alaaa..syira dah malas nak buat :P

batrisya : hehe..buat tauu..ajak ibi ke cpe ke asal buat

ninaAz : tau tpe, sbb berlapis2 kann..hehe..mood rajin dtg..biasa lee

Siti Hajar said...

Hebat tuan belog baking! Nampak macam sedap. nanti kalau teringin nak buat, guna resipi ni la ^^

zaza zehra said...

yes..akak nak cuba buat nanti... kek tu... :) sdpnya...

Nao Mei said...

kek lapis memang cik akak suka buat..hihi....
lapis-lapis nie tak lama buat tau...hihi

Farhain Azmi said...

uishh sedapnya tgk syira..yong bookmark la resepi ni. mna tau klu ada masa nnt blh try bt

Wafi Remli said...

Cam best je...

Azhafizah Md Nor said...

orang sabar dan rajin je syira boleh buat lapisan banyak..kalau fiza lagilah malas..hehehe

Mimi Azirah said...

Hohoho...sedapppp nih...nti nak try jugak la

Ayu Zan said...

nak wat kek kek ni kena rajin ni.hihihi ayu ni mcm xrajin je. mesti sedap kan..

Iola said...

waa sedapnya ^^^ nanti nak cuba resepi ni

sYiRa LoKMaN said...

thanks semua..maaf lambat balas yee..sibukk sikit ^_^
hehe...cuba la buatt..mesti jadi nyeeeeeeee

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah