"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, January 27, 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku.

Assalamulaikum
hye semua :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN.
Hijab !

Satu perkataan yang sering didengar.

Hijab itu definisinya ialah "penutup/pelindung"

Ramai yang berkata bahawa hijab itu ialah tudung sedangkan secara khususnya hijab itu ialah "penutup/pelindung".
Untuk melindungi apa?
Aurat :)
Melindungi permata dunia iaitu "wanita muslimah".

Bila sebut sahaja menutup aurat, ramai orang lebih memfokuskan kepada pemakaian tudung semata-mata. Jika tutup kepala dengan tudung, ia sudah dikira tutup aurat. 
Secara hakikatnya, itu satu persepsi yang silap. 
Kini, wanita terpengaruh dengan fesyen yang dikatakan "muslimah" dan ada diantara mereka tidak menyempurnakan kewajipan mereka dalam melaksanakan hijabul muslimah yang sebenar.
Memakai tudung tapi tidak menutup aurat kecuali rambut sahaja, berbaju tapi ketat, berlengan pendek dan jarang.
Hanya dengan memakai tudung atau pun sesuatu yang dianggap sebagai hijab tidak mencukupkan syarat bahawa si pemakai ialah "wanita muslimah".


Wanita dunia,
Hijab bukan hanya menutup kepala;
Lindungilah dirimu,
Hijabkan seluruh tubuhmu bukan hanya kepalamu,
Dunia tidak mampu mengajarmu keindahan akhirat,
Kerana dirimu leka digoda syaitan lakhanat,
Betulkan sesuatu kebiasaan agar kita nampak kebenaran,
Hijab pelindung bukan sekadar hiasan.


Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam. - kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 


Pilihan hadiah :
Novel Single Unavailable beserta autograf penulis x 5
Shawl x 3 oleh Maznizam Adha
Tudung bawal x 2 oleh Syaz
Topup



15 comments:

ummi auni said...

yup! betul tu dear. Wanita sekrg kebanyakkannya x tahu menutup aurat tu macam mana. yg mrk tahu, pakai tudung sb wajib tutup rambut. Sedangkan, menutup aurat adalah tutup seluruh badan kita dr tatapan bukan muhrim. Pakai baju longgar, tudung labuh hingga bwh dada, lengan pun kena tutup. Good info. tq for sharing.

Mia Liana said...

good luck ya syira

Syira Lokman said...

ummi..: setuju ummi..bila pakai tudung je dah kata "muslimah" ..sedangkan nak jadi muslimah tu banyak lagi kena baiki :) mohon sama2 muhasabah diri.


mia liana : tq akak ^_^

BUNDA said...

Good luck..

Siti Hajar said...

All the best Syira :)
kalau ade rezeki, insyaAllah dapat.

Bagus sangat giveaway ni. Satu cara utk beri hadiah dan berdakwah at the same time.

Cik Rose said...

moga berjaya:)

Zen said...

Assalamualaikum :) Saya dari segmen yang sama ;0
http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html
Salam ukhwah darl. :D

Nurina Izzati said...

Terima kasih kerana menyokong. Semoga berjaya. ^^

Syira Lokman said...

terima kasih semua...tinggalkan link di page syira..lebih mudah nak follow balik ^_^

Miya Amira said...

good luck ye...
dtg dr segmen yg sama...

http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html

Syira Lokman said...

miya : tq ^_^

Aqilah Azmi said...

Goodnight hehheehhe xD
Qila blogwalking jap before tidur ni hiks.

Betul :D Qila setuju sangat sangat.
Support giveaway hijab day ni hiks. <3

Blog qila hehe

Nurina Izzati said...

update ga

http://www.nurinaizzati.com/2014/02/update-giveaway-world-hijab-day.html

Syira Lokman said...

akeyla : hehehe..good night ^_^ tq singgah

nurina : baikkk :)

Nurina Izzati said...

jom tengok siapa yang kena..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah