"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, May 24, 2014

Kangkung Goreng Belacan.

Assalamualaikum
hye semua :)


Jom masak-masak hari ini :D
Menu yang mudah je ^_^

Bahan-bahan 

1 ikat kangkung
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula


Cara-cara 


  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. 
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung. 
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
Oke, mudah kan ?
jangan cakap memasak tu susah !
Selamat Mencuba ! ^_^

11 comments:

Siti Aisyah said...

Sedapnya kangkung tu..
meleleh jap.. :P'

Eimma Esmail said...

sedap ..tapi, Ima tak boleh makan blacan sangat :(

husna zahidi said...

nyum..nyum..
husna baru je makan tadi..:)

PakcikLie PCL said...

pcl memang suka sayur kangkung belacan..memang umphh la; pernah sekali makan kat kedai ..kangkung belacan dorang tak potongbg pendek- pendek...jenuh dongak tinggi nak suap ke mulut hahaa..

Arol Mubin said...

Sedapnya kangkung goreng belacan! Tetiba lapar pulak nie. Memasak memang tak susah, tapi kalau malas memasak, itu yang susah! :D

Akif Imtiyaz said...

Akak satu family mmg suka kangkung goreng belacan ..sedapp tuu

Sal Bee Yah said...

Sedapnya kangkung goreng belacan!walaupun resdung, tapi nak gak makan. hehe. sedap kalau makan dengan nasi, lauk kari ikan!pergh...

http://akutaipkaubaca.blogspot.com/2013/06/resepi-kari-ikan-ala-mamak.html

Jia Rizaira said...

sedap ni...tp tula tak makan belacan...

msredcheesecake said...

feveret akk ni

Wan Maruzen Wan Husain said...

simple tapi sedap

Azhafizah Md Nor said...

sedap makan panas²

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah