"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, May 4, 2014

Temuduga Ijazah Sarjana Muda di USM.

Assalamualaikum
hye semua

KLIK UNTUK LEBIH JELAS.

Alhamdulillah..rezeki :)
Temuduga program ijazah sarjana muda (penuh masa) sidang akademik 2014/2015.
Sastera dengan Pendidikan.

Ade sesiapa yang dapat panggilan temuduga ni juga ?
boleh kenal-kenal...hehe..
Syira minggu lepas still di kampung selama 1 minggu jaga opah..sian opah,masih sama.
terbaring di katil...keadaan opah dah membataskan pergerakan.
doakan opah ye :)

duduk kampung apa pun syira tak tahu.
Nasib baik pihak USM mesej suruh check online pasal temuduga ni, dapat panggilan terawal pula tu.
Kalau terlepas,rugi je.
Kampung Syira kalau nak call pun kena pusing satu rumah cari line..tu susah sikit.
Nak online lagi la...susah tapi tak la teruk mana, masih boleh call,online cuma kena sabar..

Ada sesiapa dah pernah pergi temuduga ni,boleh ta share soalan2 yang bakal ditanya nanti..
Syira dapat panggilan temuduga ni 8/5/2014.
Hari pertama sesi kedua. 
Dapat yang awal pula tu..masih ada 3 hari untuk persiapkan diri..hehe..
Kalau ada apa-apa tips/soalan..share la ye ^_^
Syira baru je baik demam ni....nak update blog pun tak larat ,macam2 dugaan . :)
Nak tulis entry ni pun rasa penat,maaf ye..
tapi tak apa, Syira kuat ^_^ hehe..

doakan Syira ye ^_^
semoga segalanya dipermudahkan.

17 comments:

nor ainza said...

Taniah kak syira, semoga Allah permudahkan segala urusan ^^

후마이라 리~ Humaira Lee (◕‿◕✿) said...

congrats dear!! btw, good luck yea :)

Akif Imtiyaz said...

Tahniah Syira ..Semoga perjalanan hidup Syira dipermudahkan ,...

Anisyamir Leejo said...

Tahniah Kak Syira ! Cayalah XD

Huny eda said...

all the best dear..wish u gud lcuk

Hana Hafis said...

Hi..saya singgah dan follow kamu..feel free to hit me back yeahh..

*meet new friends**


Btw, semoga dipermudahkan segalanya..aminn..

ezyra daniel said...

good luck ye!hehe

Alia Asyura :) said...

Hai, saya pun dapat interview course yang sama tapi 15hb di kl.. Awal awak dipanggil ye. Goodluck! :D

nabella said...

tahniahh kak syiraaa.hehe kakak say belajar dkt usm hehehe happy blogwalkingg :)

Arol Mubin said...

Tahniah, Syira! :) Mesti keputusan STPM cemerlang. Sebab bukan senang nak dapat temuduga kos Sastera Pendidikan di USM.

msredcheesecake said...

rabbi yassir...
insyaAllah mesti baik hasilnya...

Eellee Nana said...

thniah syira, didoakan semuanya dipermudahkan :)

Bahrain said...

Tahniah! semoga dipermudahkan urursan nanti, nak tolong pun tak tau sebab tak pernah gi temud duga untuk ijazah ni. hehe

greenveined said...

Alhamdulillah...tahniah syira..

1) pakaian. kasut bertutup. elakkan warna warni.
2) prepare mental. hehe. bidang yg awk ditawarkan..biasanya kalo kemasukan ni dye akan tnya knp awk pilih subject tersebut.
3) isu-isu pendidikan yang terkini.
4) mungkin kena tau jugak pengetahuan am, sy pernah dulu ditanya, siapa menteri pendidikan 1,2 timbalan ment. pend. 1,2 dan lain2.
5) Usaha-Doa-Tawakallll
6) yg penting stu lagi, COnfident!!!!

kalo jawapan yg syira x tau nk jwb pon, as long ada idea, lontarkan dgn confident, insyaallah penemuduga akan confident utk ambik kita join bidang tersebut.

=) apa2 pon all the best.. usaha, selebihnya berserah pd Allah. krn DIA pemberi rezeki penerima serta pemakbul doa makhluknya =) nite

Zara Nurhaidah said...

semoga smua nya bjalan lancar.. amin =)

sYiRa LoKMaN said...

@greenveined
terima kasih atas bantuan

sYiRa LoKMaN said...

terima kasih semua..doakan syira ye ^_^

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah