"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, March 21, 2014

Cara Syira belajar.

Assalamualaikum
hye semua !

Alhamdulillah..sihat lagi hari ni..

ramai yang tanya

"form 6 oke tak?"
"susah tak"
"macam mana nak belajar sampai dapat pointer macam tu?"

oke..atas persoalan itu Syira nak share cara Syira belajar untuk STPM.

Form 6 oke tapi memang susah..kenapa?
sebab ramai yang gagal dari lulus.
sampai sem 3 pun masih ada yang nak berhenti and ada yang tertanya tanya,

"betul ke aku ada kat sini (form 6) ?"

Ada yang dah mula tak datang sekolah, putus asa...
:) itu biasa.

Syira pun mula jadi rajin sejak masuk form 6?
kenapa?
ntahlah tapi dulu tak la rajin macam ni sangat...hehe..

apa pun homework yang cikgu bagi WAJIB siapkan dulu.
waktu study sendiri lain, tugasan yang cikgu bagi kira lain..faham?

cara belajar ini boleh diubah mengikut cara masing2 and pilih cara mana yang boleh buat anda lebih fokus !

semester 1 (3.25):

sebelum cikgu ajar,baca dulu and buat nota dulu..
..kalau malas atau tak faham, buat nota selepas cikgu ajar.

semester 2 (3.25): 

cara sem 1 diteruskan..
..tapi bila Syira mula masuk kawad..Syira perlu ada di sekolah sehingga pukul 5..
lepas balik sekolah ,buat  homework,latihan cikgu bagi..
dah siap homework baca or hafal nota sampai pukul 1 pagi..

semester 3 (3.50):

cara sem 1 dan sem 2 diteruskan.
sebelum masuk sem 3,
kan ada cuti pertengahan tahun yang 2 minggu tu.. Syira siap buat nota kecil untuk semua subjek, guna je kad saiz A4 then lipat2 kecil :)
so senang nak bawa pergi mana2.

# kalau rajin bangun pkul 4/5 pagi ,bukan buat homework yang tak siap tapi menghafal.. 
kalau tak larat nak hafal, baca juga !
setiap semester ada percubaan..so, Syira start study betul2 and konsisten, 2 minggu sebelum percubaan and teruskan dalam sebulan sampai final.

"Tak tidur ke lepas balik sekolah ?"

:) Tidur, cuma semasa semester 2 yang sibuk dengan kawad kaki tu memang tak sempat la nak tidur , balik sekolah pun dah pukul 5 kan...tidur malam je untuk semester 2.

"Tak online ke?? "

hehe...setiap hari Syira online 1-4 jam sehari..bila sem 2 sibuk dengan kawad sampai jam 5 petang..Syira online malam je dalam 1 jam..online tetap online...
hehee

"Ada tak makan (pantang) apa2 makanan ke?"

 :) Tak ada..
Orang kata tak boleh makan itu ini nanti otak lembap..
tapi...
Syira makan semua je..haha..
bab makan memang tak boleh tolak..hehe..
Dari kecil macam ni..

cikgu pun cadangkan belajar 5 hingga 7 jam setiap hari tidak termasuk waktu persekolahan.
penat kan?

tak apa, cuba dulu :)

Syira and kawan2 tak buat study group..
kenapa?
kejap je study selebihnya..SEMBANG !! :D
Kalau kumpul dalam kumpulan pun, semua buka nota sendiri and baca sendiri...tanya sikit2 je..

Solat jangan tinggal, baca yassin setiap hari, buat solat hajat and solat dhuha.

So atas usaha ini, bantuan dari Allah melalui cikgu2, kawan2, mama abah, family..doa dari semua orang..campur darab tambah bahagi result sem 1,2,3 and pbs...

dapatlah result keseluruhan STPM 2013 Syira iaitu..
 --->> 3.84 :)

So sesiapa yang sedang melanjutkan pengajian di tingkatan 6 atau akan masuk tingkatan 6, boleh cuba cara ini :)

Apa pun semuanya bergantung kepada REZEKI ! :)
Rezeki manusia berbeza, ada dapat sekarang..ada dapat nanti..
sabar sebab Allah adil, Dia bagi semua..SEMUA :)

All the best ! ^_^

Nak cerita semua memang tak mampu, tapi if nak info lagi mengenai form 6 :
[KLIK]
[KLIK]


20 comments:

Farah Waheda Wahid said...

masing2 ada cara mereka yang tersendiri untuk belajar kan?

Phat said...

terbaik lah syira

Nurul Hazreen said...

wahh taniahh..apply mana lepas ni??

Nurul Hazreen said...

wahh taniah..apply mana lepas nih??

Eellee Nana said...

thniah syira. good sharing
masing2 ada cara tersendiri utk belajar^^

Eellee Nana said...

thniah syira. good sharing
masing2 ada cara tersendiri utk belajar^^

MIL HASHIM said...

salam. tahniah syira

MIL HASHIM said...

salam . kunjungan dari http://jmbelog.blogspot.com/

fazianbatrisyia said...

bagus...share cara syira...terpulang pd yg nak ikut. nak berjaya baik ikut kan...

♥ Nana BamBam ♥ said...

semoga cemerlang dalam pelajaran :)

tiey smilez said...

Wah, tahniah Syiera. Keep it up.

Yup, masing2 ada cara tertentu but nice sharing :)

Nur Inani said...

tahniahh :)

Gadis Chubby said...

bagus cara tu syira

GIVEAWAY: I LOVE MAKEUP. Makeup lover? Join giveaway Ika. 3 ORANG dicari. salah seorang akan dpt 1 set makeup(UK & USA BRAND) not available in Malaysia. Meh cepat join. mybe rezeki anda. :D

http://notamanjaku.blogspot.com/2014/03/giveaway-i-love-makeup.html

sue adnan said...

syira,kita seangkatan dari form 6..
=)

Akif Imtiyaz said...

Semua ada cara sendiri camner nak fokus pd pelajaran ..Tak kira cara apapon yg kita guna..semoga mendapat ganjaran terbaik atas usaha kita selama ini ,,

Siti Zara Nurhaidah said...

Pgurusan masa sgt pntg semsa study.. miss sgt form6. Hehe..

Akma Niza said...

tahniah dear.. smoga konsisten bla da stdy kt U ^^

Anonymous said...

Tahniah akak😊 sya ambil pilihan nak study f.6 tahun ni (2016) kalau blh,saya tringin nak tahu cara akak buat nota . Harap akak sudi share hehe . Terima kasih 💕

nurul hidayah Zolkarnain said...

As salam,akak. Saya pelajar pra-u. Sekarang dah penggal 3. Result kedua2 penggal x memuaskan. Saya dah cuba buat terbaik. Saya malu dengan kawan2 yang lain yang cemerlang.

Syira Lokman said...

@nurul hidayah Zolkarnain salam...pm akak ka fb - https://www.facebook.com/wan.syahirah.75 atau emel - syiralokman21@yahoo.com.my

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah