"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, March 23, 2014

Parodi . Baik atau Buruk ?

Assalamualaikum
hye semua !


Parodi dah jadi satu trend sekarang ni.
Syira terfikir, parodi ni kelakar tapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya.
Orang buat parodi untuk beri "pengajaran" kepada orang yang "silap".
Niat memberi pengajaran dan nasihat itu baik tetapi cara parodi itu dilakukan hingga merendah-rendahkan orang yang buat "silap" itu salah .

Kadang-kala Syira tak tahu pun siapa "orang yang buat silap" itu tetapi bila tengok video parodi tanpa tengok video asal, secara tidak langsung syira kenal "orang yang buat silap" itu.
kenapa?
sebab orang yang buat parodi siap tunjuk semula aksi-aksi "orang yang buat silap" dan video asal tersebar meluas.
makin ramai orang tengok video tu, makin terkenal la "orang yang buat silap".

Kadang-kadang bila kita menunjuk/membuka semula keburukan orang lain, itu bukan ke mengaibkan?
Atas persoalan ini Syira cuba mencari hukumnya.

ini yang Syira jumpa.


dipetik dari fb : Pakar Diari Hati. 

Parodi 

Parodi atau dalam bahasa Inggeris disebutkan sebagai "parody" adalah karya sastera, seni dan sebagainya yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara melucukan atau menyindir.

Suatu hari Aisyah radhiyallahu anhu pernah MENIRU-NIRU perbuatan seseorang.

Lalu Nabi shallallahu alaihi wa sallam menegurnya dengan bersabda:

ما أحب أن حكيت إنسانا وإن لي كذا وكذا

"Aku tidak suka untuk MENIRU-NIRU seseorang walaupun aku diberikan sesuatu yang sangat banyak (daripada dunia) " [Sunan Abi Daud (4875) - Shahih]

Syaikh Abu Tayyib rahimahullah berkata: "Maksudnya, aku tidak suka untuk bercakap tentang keaibannya atau aku tidak suka untuk MENIRU GAYA PERBUATANNYA dengan melakukan sepertimana yang dilakukannya atau bercakap seperti percakapannya atas tujuan merendah-rendahkan orang tersebut" [Aunul Ma'bud 13/151]

Jika orang tersebut tersilap, maka jangan biarkan dia terus tersilap. Bantu dia untuk kembali kepada kebenaran.

Jangan biarkan kesalahan diteruskan dengan kesalahan.

Semoga Allah taala berikan taufiq kepada semua untuk kembali kepada kebenaran.

Status : Ustaz Fadlan Mohd Othman
(Sumber: ARAR)

Allah mengajar kita untuk menutup aib manusia, kenapa kita buka aib mereka?
Niatnya nak bagi pengajaran tapi apabila caranya salah dengan mengingatkan kembali "keburukan/kajahatan" yang dilakukan.
Itu mengaibkan :)

Kalau kita tak suka seseorang pun, bukan itu caranya.
If kita yaang buat silap dan dah bertahun pun orang masih mengutuk,memperkatakan keburukan kita sedangkan kita dah menyesal..apa kita rasa? :)

Tak salah nak nasihat, nak buat video tetapi pastikan caranya betul supaya bertambah pahala bukan dosa. :)
Buatlah video yang memberi nasihat tanpa memasukkan sekali video asal yang "memalukan" atau yang pasti akan jadi kutukan masyarakat.
Jangan jadi penyebar aib manusia :)

Kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.
Allah dah tutup aib kita, jangan pula kita buka aib orang. :)

##Tegur Syira if Syira salah :)


15 comments:

Nieda ramly said...

panjangnya mukadimah kat kotak komen syira....

Nieda ramly said...

panjangnya mukadimah kat kotak komen syira....

Nur Inani said...

perkongsian yang bagus:)

Nur Shafiq said...

Tegur cara elok , kalau buat parody dalam bentuk video atau penulisan pun biarlah ebrhemah bukan memalukan sesetengah pihak yang terlibat itu
kan (:

Eimma Esmail said...

kena lebih berhati-hati lepas nie ;)

tiey smilez said...

Honestly, parodi ni adlah buruk. Lainlah vlog macam Mat luthfi tu, yg tu baik.hihi

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Betul juga kata syirah ni. Ena suka juga tengok parodi2 ni sebab rasa kelakar. Tapi bila baca entry syirah ni, betul juga tu. Hurmmmm

Akif Imtiyaz said...

Kadan2 ada baik dan ada jugak buruknyerr .. Kena fikir dulu sebelum buat ..Nak buat apa2 kalau tak fikir buruk padahnyerr ..

Akif Imtiyaz said...

Kadan2 ada baik dan ada jugak buruknyerr .. Kena fikir dulu sebelum buat ..Nak buat apa2 kalau tak fikir buruk padahnyerr ..

Muhammad Taufiq said...

Perkongsian yang sangat2 BAGUS !!! LIKE IT =)

Taufiq singgah sini :) awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

shasha yacob said...

kekadang parodi nih ada baik ada burunya jugak, itu kena tgk pada si pembuat lah.

Mimi Azirah said...

Ada baik buruknya parodi tuh...seeloknya buat video yg berunsurkan nsht bknnya meegajuk atau meniru..

Aku Penghibur said...

perlu di halusi oleh individu yang buat parodi nie

Wafi Remli said...

Ada yang betul caranya, tapi ada yang tak berapa kena

Siti Zara Nurhaidah said...

Kadang2 adab menasihati ni xdi ikuti.. nak mberi nasihat tp cara ny salah shingga mmesongkn niat nk mberi nasihat tu.. sblm nk bg nasihat.. kena fikir dlu niat kita. Adakah ntuk mbawa dia ke arah kbaikan atau mnasihati shgga mbuka keaiban dia.

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah