"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, March 22, 2014

Ikan Tiga Rasa

Assalamualaikum
hye semua !

Hye...nak berkongsi resepi lagi kali ini !
Ikan tiga rasa..yumyummm~~~


Bahan-bahan :

ikan  *pilihan

Untuk Kuah:

1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji bawang putih - dititik
5 biji cili padi - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong dadu
Nanas - dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram *
2 sudu besar sos ikan *

2 batang serai - dititik *
Beberapa helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, serai, dan bawang putih.
  4. Setelah bawang agak layu, masukkan semua jenis sos. 
  5. Masukkan bawang besar, tomato, dan nanas.
  6. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  7. Biarkan kuah mereneh seketika. 
  8. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. 
  9. Siap !
Tak semestinya bila ada bahan yang tak cukup tak boleh buat, jangan risau..rasanya takkan lari jauh jauh..penat diaa nak lari lari aih :P
hehe..gunakan bahan yang ada..mudah !
selamat mencuba ^_^


11 comments:

Unknown said...

nYUM - NyUm sedapnya :D

awksweetgitu.blogspot.com :)

Farah Waheda Wahid said...

nampak pun dah menyelerakan...

sitirohaida said...

akak memang suka dengan ikan tiga rasa nie..sodappp

Unknown said...

wahh..sedapnya...nnt nak try masak la....

Inani Hazwani said...

sedapnyaaaa :)

Anonymous said...

cam sedap ja..resepi cam mudah ja :)

Unknown said...

sedapnyeee..betul tu guna apa yg ada je pon dah sedap..

Lya Akif Imtiyaz said...

Lain kali dah masak kena jemput akak datang makan ya Syira ..hehehe

Jiarizaira said...

Saya cuma reti makan je. huhuhu

Eimma said...

huyoooo...resepi semuanya best2 nie..huhuh

Unknown said...

Feverate ni ! =D

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah