Assalamualaikum
hye semua :)
“Berkat” ini bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”.
Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat.
Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat.
Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?
Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup.
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.
Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya.
Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala.
Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat.
Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.
Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan.
Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh.
Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit.
Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki,
Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda.
Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah.
Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.
Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.
Mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.
18 comments:
terasa mcm idup sy x berkat huhuhu... :-(
salam. hmm..terasa macam tak cukup berkat saja :(
Sama2 kita mencari keberkatan dalam hidup ,..sama2 muhasabah diri ..Tq Syira atas perkongsian
Allahu Rabbi.. sgalanya darpda Allah..sama2 syukuri apa yg ada
Allahu Rabbi.. sgalanya darpda Allah..sama2 syukuri apa yg ada
Terasa dengan diri sendiri. I'm trying to change my life for the better one. InsyaAllah :)
jom sma2 berusaha peroleh rezeki yg halal dan di redhai Allah swt.. =')
Muhasabah diri...
mintak simpang dengan semua ni . harap-harap berkat la kehidupan ni :D
Tenkiu kak syira ats perkongsian. Efa singgah bwalking+follow sini ;)
Allahu....
Thanks kak syira :)
Zumal pun ingin mencari keberkatan dalam hidup ini...
untuk menilai berkat atau tidak itu sukar sebenarnya tp kita boleh muhasabah diri..lebih baik bersedekah itu dijadikan amalan..berkongsi keberkatan :)
perkongsian yg baik.. kalau terasa, kena muhasabah balik.. :)
Allahuakbar (:
peringatan utk diri sendiri (:
astaghfirullah....
muhasabah diri (:
thanks dik berkongsi
Betapa alpanya manusia dalam mengingati Tuhannya
Post a Comment