"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, March 25, 2014

SOLAT ISTIKHARAH

Assalamualaikum
hye semua !


Solat Istikharah dilaksanakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH


Rakaat Pertama
  1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat IstikharaH
  2. Takbiratul Ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca Surah al-Qur’an
  6. Rukuk
  7. Iktidal
  8. Sujud
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kali kedua
  11. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
  1. Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
  2. Duduk untuk tahiyyat akhir
  3. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  4. Membaca doa Istikharah


sumber :

http://nursyirah.wordpress.com/
http://www.hafizfirdaus.com

10 comments:

Lya Akif Imtiyaz said...

Wah perkongsian yang bagus nie Syira

Inani Hazwani said...

kadang2 allah hantar jawapn dlm plbagai bentuk :)

Aqilah Azmi said...

terima kasih sis <33333

Unknown said...

nice info dear...thanks..

Wafi Remli said...

Ada orang ingat solat istikharah ni untuk pemilihan jodoh je

Eimma said...

nice sharing :)

Anonymous said...

terima kasih di atas sharing anda..x pernah buat solat istikharah nie..rasa macam nak buat laa..nk mtk petunjuk..dulu dok ingat solat ini hanya utk cari jodoh je..hehe

Unknown said...

tq syira :)

Unknown said...

istikharah utk semua perkara . meminta petunjuk Allah dalam apa jua keputusan y dibuat . =)

Unknown said...

Petunjuk Allah swt kpd kita bole dtg dgn plbagai bntuk. Tp kbiasaan yg kita dgr mlalui mimpi. =)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah