"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, March 18, 2014

Terus lakukan kebaikan.

Assalamualaikum
hye semua !


"Sebaik baik manusia ialah seseorang yang memberi manfaat kepada orang lain."

Kita tidak mampu memberi wang yang banyak buat orang lain tapi kita boleh gantikan dengan doa yang tidak putus.
Lakukanlah sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain :)

Kita manusia yang tidak sempurna.
Buat baik hanya dengan orang yang buat baik dengan kita. Adil katanya :)
orang yang buat jahat dengan kita langsung kita tidak endah, tidak doa kebaikan buatnya malah masih terus berkata-kata buruk tentang dia. 
Ini adil ?
Sedangkan Allah terus memberi nikmat kepada manusia walaupun hambanya derhaka, zalim dan tidak pernah sekalipun mengikut perintahnya.
Allah beri nikmat kepada semua, semuaaa !

Biarlah, yang mencipta hati ialah Allah.
Biarlah sakit mana sekalipun, biar perit pedih bagi nak pecah. Sabarlah !
Buat baik tetap buat baik!
Ikhlaskan hati dan jangan minta balasan atas setiap kebaikn yang kita lakukan.

Kita tidak sempurna tapi tidak salah mencuba untuk cuci hati kita semula :)
Lakukanlah kebaikan selagi kita mampu.
Bersedekahlah walau hanya sedikit,
Sebarkanlah kebaikan sehingga hayatmu masih ada.

Jika tidak mampu lakukan semua perintah Allah, jangan pula kita tinggalkan semuanya :)
Kumpul pahala agar kita makin dekat dengan Maha Pencipta :)

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik dan sebarkan perkara yang baik .
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.



6 comments:

Mermaid said...

betul tu bersedekelahla walaupun RM1. kita kan dpt berganda dari tu jika niat kiata ikhlas :)
http://notamanjaku.blogspot.com/
-giveaway tengah berlangsung. (baca pinned post)

Lya Akif Imtiyaz said...

Berbuat baik selagi nyawa dikandung badan ..Amalan baik kita hari ini adalah bekalan kita di akhirat kelak ... Selamat malam Syira..

Mar Mansor said...

in sha Allah..saling ingat mengingati

Wafi Remli said...

Khairunnas anfa'uhum linnas

PetakBunga said...

buat baik berpada-pada

Unknown said...

Insyallah.. trying topup our amal jariah together. .

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah