"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, August 20, 2014

5 cara mengatasi masalah pentingkan diri

Assalamualaikum
hye semua.

anda seseorang yang pentingkan diri ?
jika Ya..jom kenali 5 cara untuk mengatasi masalah pentingkan diri.


1. Letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka.

Sikap yang pentingkan diri kadangkala menyebabkan orang lain tersinggung.
So, cara untuk mengatasi masalah pentingkan diri, cuba letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka. Baru kita mengetahui respon buruk dari kita terhadap mereka.
Contohnya apabila sebelum ini kita sering meninggalkan semua orang di sekeliling dengan satu keputusan yang kita buat sendiri tanpa bertanya bagaimana perasaan mereka.
Tempat makan, restoran pilihan, destinasi percutian atau apa saja, semuanya hanya kamu saja yang membuat keputusan.


2. Meletakkan kehendak orang lain lebih utama dari kehendak kita.

Selama ini hanya kita sahaja yang meminta dibelanja macam-macam.
Kali ini tanya pula apa mereka mahu. Jika dia asyik mengikut telunjuk kita, cuba pula ikut apa yang dia mahukan.
Percayalah, persahabatan dan hubungan kita dengan kawan-kawan atau sesiapa saja akan menjadi lebih sihat dan dihormati kerana kita tidak jenis hanya meletak fokus pada diri kita sebaliknya menjadikan semua orang penting dan mempunyai peranan untuk membuat keputusan.


3. Buang sikap suka mengambil kesempatan, latih diri untuk sentiasa berkongsi.

Berhenti ambil kesempatan kerana individu yang mementingkan diri biasanya kerap menggunakan perkhidmatan atau jasa baik orang lain untuk kegunaan peribadi.
Contohnya, kita selalu meminta kawan belanja, selalu mengharapkan bantuan orang lain tapi apabila mereka memerlukan bantuan, kita tidak hirau dan berlagak seperti tiada apa berlaku.
Ini adalah sifat dan sikap kebiasaan mereka yang mementingkan diri sendiri.
Kalau mereka susah, bukan main kata-kata dan pujukannya, tapi kalau orang lain baru sekali meminta bantuan atau memberi 'hint' untuk meminta bantuan, macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak.


4. Jadi pendengar yang baik.

Orang yang pentingkan diri biasanya memiliki kemahiran mendengar yang kurang.
Cuba dengar apa kata atau luahan orang lain kepada kita.
 Jadilah pendengar yang baik. Individu yang pentingkan diri sendiri selalunya hanya ingin orang sekeliling saja mendengar ceritanya.
Kalau bersembang bersama atau duduk melepak, hanya dia saja yang tidak henti bercerita mengenai pengalamannya, kisah sedih dan gembiranya dan macam-macam lagi.
 Tapi bila orang lain punya cerita, langsung tidak diendahkan.


5. Ikut keputusan orang lain.

Terakhir sekali, apa kata kita cuba untuk membiarkan mereka pula putuskan sesuatu keputusan.
 Sebelum ini mungkin kita yang selalu membuat keputusan untuk pergi ke mana mana atau membuat pelan bagi aktiviti hujung minggu.
Apa kata kali ini biarkan mereka pula yang bagi cadangan.
Mungkin kita dapat melakukan aktiviti baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini.


Pastikan sesuatu itu dilakukan atas kehendak bersama bukannya mengikut kehendak anda sahaja.
Jangan sombong, jangan terus merasakan diri kita betul dan orang selesa dengan cara kita.
Cuba menjadi pendengar yang baik, menghargai orang lain dan cuba menerima kehendak serta cara orang lain.
Dengan cara ini..
lebih mudah untuk berkomunikasi dan melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas :)

-

16 comments:

Unknown said...

nice entry..tq share kak.. :)

Barniyah Ammara said...

Nice sharing. :D

Adinda Baizura Mazlan said...

Nice sharing Syira :)
Tak best pun bergaul bersama orang yang pentingkan diri sendiri macam ni :)

Unknown said...

Thanks for very nice sharing..
Jemput join segmen ni..
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/9-awesome-blogs-of-month.html

Kupukupu said...

Well said! nicee sharingg dear.. dpt bagii motivationnn spye kte tak jadi org yg selfish :)

sayaidaydotcom said...

Lagi-lagi pentingkan diri atas jalan raya. tension betul. Kalau la semua pengguna jalan raya tak pentingkan diri, mesti x jem. hehe

teremo pulak kat sini.

Ain I Mama said...

betul. tq for sharing..

ZaridaIshak said...

tak elok pun sombong... tak bawa ke mana kan...

ZaridaIshak said...

tips yang bagus sangat... terima kasih untuk perkongsian.

izzeyda said...

Nice sharing.. memang tak best laa bergaul dengan orang yang suka pentingkan diri nih.. rasa macam tak bebas untuk bersuara..

izzeyda said...

Nice sharing.. memang tak best laa bergaul dengan orang yang suka pentingkan diri nih.. rasa macam tak bebas untuk bersuara..

Lya Akif Imtiyaz said...

Nice Sharing Syira

Lya Akif Imtiyaz said...

Satu perkongsian untuk kita semua ..Thanks Syira

Unknown said...

Nice sharing syira :)

fragmenbiru said...

Nice tips..In shaa Allah.. sama2 amalkan

Mimie said...

tips yg bgus

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah