"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, August 9, 2014

Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Assalamualaikum
hye semua!
Syira ada jumpa satu kisah menarik di facebook and Syira nak share dengan andaa :)

jom baca !

KISAH BELON :)


Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Hasrul. 
Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Hasrul memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. 
Belon yang ditiup dibesarkan dan diberikan kepada Ustaz Hasrul. Ustaz Hasrul melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik.
 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon.
 5 orang pertama akan mendapat hadiah. 
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. 
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. 
Suasana cukup melemaskan. 
5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. 
Ustaz Hasrul tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. 
Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. 
Ustaz Hasrul tersenyum lagi. 

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. 
Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. 
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. 
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
 Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. 
Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. 
Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita?

‪#‎MusahabahDiriBersamaUstazHasrul‬

16 comments:

Norhasniza Khalid said...

nice sharing dear..

Noura Qifays said...

kisah belon nie... pnye mkna yang deep! krenye kte tak ley pentingkan diri..xley nk kejar utk diri sendiri je.. kena fikirkan org lain jgk :)

ain syafieqa said...

Btul tu..berkongsi bahagia dgn org lain..

Abak Lorong Cinta said...

Alhamdulillah,perkongsian yang sangat bermakna... dah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..

http://themodestustaz.blogspot.com/

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

kisah yg menarik..betul..bila org gembira kita pun akan gembira

The Modest Ustaz said...

TQ... Abak datang follow sni.. :D

Nur Farahuda said...

Mendalam sungguh maksudnya. Memang betul,once kita buat org happy kadang - kadang kita pun turut happy sama dan begitulah sebaliknya jika kita buat orang sedih atau kecewa. Rasa dia lebih kurang sama.Apa yg penting setiap yang kita buat perlulah ikhlas,kan? =D

Etuza Ezawarna said...

syukran saya suka blog awak so saya dah link kan ya..terima kasih saya akan dtg drop komen yg baik baik ya..

Etuza Ezawarna said...

wah hebat blog ya..terbaik lah ustaz ni..http://themodestustaz.blogspot.com/

yang baik Ishak said...

Gembirakan orang lain juga. Kisah yang menarik. Terima kasih syira.

remaja comot said...

bagus la.. gembirakan orang lain

Zuhaira Nasrin said...

dah lama terbaca pasal kisah belon ni.yes memang betul pon.kita bahagiakan orang sekeliling kita,insyaAllah kita juga turut bahagia :)

Zara Nurhaidah said...

Allahuakhbar.. =')

Akif Imtiyaz said...

Nice sharing syira

ros_reeza said...

menarik cerita ni..

Mimi Azirah said...

betul...cerita yg bagus..byk
pgajaran

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah