"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, August 22, 2014

Selesai buka akaun dan daftar ptptn.

Assalamualaikum
hye semua :)


Minggu ni sibuk dengan persiapan masuk U.
Alhamdulillah..medical check up dah selesai Isnin lalu dan Khamis pula Syira berjaya buka akaun Bank Islam (bimb) , aktifkan perbankan mudah alih-i dan mohon PTPTN..sebenarnya Syira harapkan biasiswa JPA(PIDN) tapi permohonan dibuka minggu ke3 bulan September....time tu dah ada di UM pun, so sementara tunggu tu apply dulu PTPTN :)

Sekarang semua sibuk buka akaun, seminggu je lagi sesi 2014/2015 bermula..
Ingatkan di  Ipoh ni Bank Islam hanya ada di area Pekan Ipoh..rupanya nasib baik mama beritahu ada Bank Islam di area Meru..so pergi situ je...tak ramai orang..
jadi orang pertama pula tu...
rezeki Syira..medical checkup settle awal, urusan bank pun settle awal...
alhamdulllah :)
kad bank Islam Syira gambooo Harimau Malaya komeee oiii...
dalam hati nak je kad warna pink..hehe...kot gamboo hello kitty ke..kann comel :D
..tapi mana ada :P

Questions created by PTPTN
Haa...ni bab nak mohon PTPTN secara online..
jenuhhh komee..
laman web asyik server down je..
dah isi  kena back, dah isi kena back....nasib baik maklumat tak hilang..
lastnya berjaaam baru siap..
Allah nak ajar Syira supaya sabar...
tapi alhamdulllah settle juga.. ^_^
#syira still berharap dapat biasiswa JPA :)
Doakan yeee..

persiapan terakhir sekarang ni nak pergi sekolah ambil sijil STPM, kemas barang then persiap mental dan fizikal :D
Sebenarnya Jumaat lepas plannya nak pergi sekolah ambil sijil STPM, tapi dapat berita dari kampung yang opah meninggal..so terpaksa tangguhkan..
insyaAllah next week..


sekarang ni Syira dan family berada di Puchong..nak tengok rumah baru abang then shopping ! :D
Seminggu je lagi sebelum menjejakkan kaki ke dunia baru :)
semoga dipermudahkan..

13 comments:

Nurzaliza Mohd Ali said...

All the best..

ain syafieqa said...

syira boleh dapat JPA tu..berusaha!hehe

ain syafieqa said...

syira boleh dapat JPA tu..berusaha!hehe

Ana Solehah DI said...

best ler kome yer...masuk U, hehehe

Iola said...

goodluck :D mana mana pun ley..as long as maintain score pointer :)
saya dulu course hny ley apply kpm dan ptptn je..kebetulan tahun saya, kpm tak buka lak untuk kami, jadi apply ptptn je. tapi alhamdulillah..hee dah jadi biasiswa dan xperlu bayar .. sebab rezeki dapat first class degree..jadi apa apa pun okay je, janji study molek molek

siti zawiah said...

all the best kak.. :)

siti zawiah said...

berusaha..dan jgn berputus asa..

RDZ Z said...

good luck Shira..In Shaa Allah kalau ada rezeki tak kemana kan...

Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah ...Segalanya dipermudahkan walau sedikit lambat ..Takpe Syiramoga lepas ni segalanay dipermudahkan ya..

Eimma Esmail said...

gud luck syira!

Eellee Nana said...

Good luck syira. Insyaallah bleh dpt jpa

ika zulkefli said...

moga dipermudahkan smua urusan n gud luck..:)

Mimi Azirah said...

all the best

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah