"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, August 6, 2014

5 sebab pertunangan perlu dirahsiakan .

Assalamualaikum
hye semua :)


5 sebab pertunangan perlu dirahsiakan --->

  1. Membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri. 
  2. Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran. 
  3. Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah. 
  4. Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga
  5. Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan, pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan. 


Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati. 


Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: 
"Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan,
 jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi, 
hendaknya ia lakukan." 
Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya. 
Hadits shahih menurut Hakim. 


Bermakna,sekadar lihat muka dan tangan,hati telah terdetik untuk menikahi, maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri. 
Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali.
Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan.Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan.
Muka melambangkan kecantikan.
Tangan menunjukkan kesuburan.Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing). 

Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana 
takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan 
sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, 
seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis. 


Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. 
Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. 
Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.





##Sekarang ni banyak yang kita lihat majlis pertunangan pun dah macam majlis perkahwinan..
meriahh uollsss..sebab tu bajet lari ~

19 comments:

Ain I Mama said...

dah jadi trend sekarang, tunang dihebahkan.mudah-mudahan kita semua terpelihara..

Kupukupu said...

wahh! nice sharing dear....

Izwa Kamaruddin said...

good sharing!

norhasnizakhalid said...

terima kasih atas perkongsian.. :)

aRz MoHa said...

Apa yang dilihat hari ini pertunangan sudah menjadi majlis seakan perkahwinan.

Unknown said...

Syira bila pula nak bertunang.. ;)

Adinda Baizura Mazlan said...

Nice sharing indeed :)
Ye la, sekarang ni majlis tunang dah macam majlis kahwin dah. Baik nikah je terus. Jimat pun jimat.

Azlan Strider said...

betul tu syira..ini bertunang siap pelamain bagai...ntah adat mana laa dorang ikut...

Regards,
-Strider-

zuhaira nasrin said...

nice sharing :)

Cik Itah said...

salam. ooo perlu dirahsiakan eh?? nice sharing dear :))

Unknown said...

emmm, tu la kan,
mjlis tunang sekarang dh mcm mjlis kawen dah

nice sharing syira :)

Azhafizah MN said...

skang dah makin meriah

✿INA AINAA✿ said...

Tapi sekarang ni, ramai yang menunjuk2 bila dah bertunang... lepas tu kalau tak ada jodoh kan dah malu... hurmmm

Mimie said...

sekarang nih ramai yg suke heboh dh tunang

Unknown said...

Awak dah tunang? Hehehe.

Lya Akif Imtiyaz said...

SETUJU ..

Lya Akif Imtiyaz said...

Sekarang ni dah jadi TREND dahhh bertunang jer baut pelamin kalah nak kawen ..Siap bergambar ngan tunang lagi tuuu .....Padahal belum sah lg jadi suami ..huhuhuhu

MUHD ASIB said...

betul 2.. zaman sekarang majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan..

izzeyda said...

Betul tu..memang perlu rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan..sekwrang macam trend semuanya nak dihebahkan..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah