"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, August 14, 2014

Persiapan yang penting untuk memasuki alam universiti .

Assalamualaikum
hye semua :)

Sekarang ni ramai yang sedang membuat persiapaan untuk kemasukkan bulan September 2014 kan..tawaran kemasukan diumumkan agak lambat tahun (2014) ini dan pelajar yang terpilih hanya mempunyai masa lebih kurang 20 hari (dari tarikh pengumuman tawaran) untuk membuat persiapan.
Syira sendiri pun sedang sibuk buat persiapan ni..hehe..

Apa persiapan yang penting untuk memasuki alam universiti?
jom lihat senarai di bawah :D


1. Keluarga/Guru/Kawan-kawan.

Harus diingati bahawa ahli keluarga/guru dan kawan-kawan banyak memberi sokongan dan doa sepanjang kita mengejar cita-cita kita.
Ucapkan terima kasih atas segala sokongan yang pernah mereka beri.
Jangan sombong bila dah berjaya :)


2. Lokasi pengajian

Buat sedikit kajian terhadap lokasi pengajian sekiranya anda akan belajar jauh dari rumah anda. Kalau keluarga anda akan menghantar anda bersama, dah cari hotel ke belum? Cuaca di sana macam mana? Kos sara hidup tinggi atau rendah?


3. Wang

 Awal semester ini banyak memerlukan penggunaan duit.
Nak bayar itu ini. Walaupun under tajaan atau pinjaman, awal-awal tu kena dahulukan wang sendiri terlebih dahulu. 


4. Dokumen

Pastikan semua dokumen telah pun diselesaikan urusannya. Baca maklumat dan cetak surat tawaran serta semua borang yang diperlukan oleh pihak universiti.
Jangan lagi tiga hari nak pergi baru perasan ada yang tak siap lagi. Sebab apa? Sebab ada yang memerlukan urusan rasmi.
Contohnya mungkin sijil memerlukan pengesahan. Kalau last minute baru perasan ada sijil yang tak disahkan lagi macam mana?
sijil yang memerlukan pengesahan ini ialah salinan sijil..bawa ke sekolah dan minta cop serta tandatangan pihak sekolah.
Ada juga yang nak kena cop setem hasil ke, (setem hasil ini utk urusan ptptn) nanti pihak ptptn akan datang u selalunya :)
segera buat medical check up , tu semua kena siapkan awal-awal tu.
sediakan setem dan sampul jika perlu. Sediakan gambar lebih 8 keping.


Dokumen yang perlu dibawa masa pendaftaran: 
(bergantung pada U masing2-tengok syarat U anda ye)

-Salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan surat tawaran yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan medikal check up yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-gambar saiz passport (sebanyak yang mungkin)
-salinan surat beranak yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang pendaftaran tawaran kemasukan IPTA (dalam 3 copy)
-salinan sijil keputusan STPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil MUET yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil SPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)

Dokumen dan barang yang perlu untuk kegunaan permohonan PTPTN:

-penyata pendapatan ibu bapa (jika tiada slip gaji) dalam 2 copy yang telah disahkan
-salinan slip pembukaan akaun bank islam yang telah disahkan
-salinan SSPN yang telah disahkan
-setem hasil 2 keping (beli di pejabat pos)
-salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang perjanjian (boleh print kemudian, lepas mohon PTPTN)
-gambar siaz passport (beberapa keping)

INGATAN: SETIAP salinan hendaklah berserta dengan yang ORIGINAL..


5. Buka akaun bank

Sebelum nak masuk universiti memang pelajar dinasihatkan untuk buka akaun bank seperti bank Islam, Cimb atau sebagainya.
so sila buat persiapan awal je..hari Isnin dan Jumaat biasanya bank sesak..pilihlah hari lain yang sesuai supaya semua urusan berjalan lancar.


6. Barang-barang

Jangan fikir nak pinjam kawan ye. Ni semua kena prepare sendirian berhad ya awal-awal sem ni. 
Kita tak tahu macam mana keadaan di tempat baru.

sumber: [Di sini]
Jom check senarai barang yang perlu dibawa


- Tidur: Bantal, sarung bantal, sarung tilam, comforter, dll

-Keperluan solat/ agama : telekung ,sejadah, Al Quran,  surah Yassin, songkok.

- Komputer: Laptop, charger laptop, charger phone, pendrive, mouse, printer, dll

- Meja: Alat tulis, buku nota, kalendar, lampu belajar, fail, dll

- Bilik tidur: Jam penggera, handphone, dll 

- Makanan: Snek seperti biskut, minuman 3 in 1,minuman, dll

- Barang dapur: Jika hostel anda membenarkan pelajar memasak, rice cooker, kuali, pinggan, cawan, sudu garfu, pencuci pinggan mangkuk, dll

- Kelas: Kamus, Testpad, notebook, kalkulator, beg sandang

- Tandas: Barang mandi, berus gigi, ubat gigi, syampo, dll

- Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan, panadol, painkiller, supplemen, vitamin, dll

- Barang keperluan : Make up, pin tudung, stoking, pengetip kuku, sikat, cermin, bedak, tuala wanita, dll

- Pakaian: Pastikan anda bawa bersama pakaian yang sesuai untuk ke kelas..baju kurung kemeja..blouse seluar slack...sediakan baju kurung putih,kain hitam ...seluar slack hitam, kemeja putih.

- Barang laundry: Pencuci baju, berus, baldi, softener, nila, dll

- Dokumen penting; IC, lesen, dokumen pendaftaran, medical checkup, dll

- Dan barang-barang lain yang dianggap perlu



Selamat memasuki institusi pengajian tinggi kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.
Semoga seronok di tempat baru.


##Merancanglah dengan berhemah...Nasihat untuk Syira juga..hehe

21 comments:

nor_farihan said...

akak dapat sabah syira jadi memang tak boleh nak angkut 10 beg haha...adoi akak ni dah jenis suka bawak suma barang yg hado kat umah ni huhu...btw nice sharing syira :)

AA said...

syiraaaa. apa maksud sijil , dokumen yg dsahkan tu? dsahkan mana?? and setem hasil tu yg tampal kat sampul surat?? hehe

Mama said...

persediaan awal tu penting..

Unknown said...

pernah lalui sebelum ni :)

Moon said...

Slmat mlm..Jalan2 sggah sini :)

Unknown said...

info yg berguna untuk yg nak sambung study..tq share kak..

Karya Mahirah said...

mujurlah akak dah lepas hehe... tp good sharing...

Kupukupu said...

nie laa persiapan yg dibuat mse msuk u 3 thun lpas..hihihi

cik amal said...

amal bookmark... :) thanks :)

Myra Jay said...

Lengkap!

Bagus ni untuk bakal2 studeng membuat persiapan :D

Cik Itah said...

salam dear. nice sharing :)

selamat membuat persiapan buat mereka+ yg dapat tawaran masuk U tu..

Asha Lya said...

selamat menempuhi alam u syira yg pasti byk pengalaman d cna

izzeyda said...

ya, semua kena pastikan lengkap terutamanya dokumen sebelum pegi daftar..memang kena buat checklist takut ada benda yang tercicir terutamanya barang2 yang penting.. apapun dah lama zaman berlalu..teringat zaman study dulu..

Sha Fieka said...

Good preparation :)

ZaridaIshak said...

banyak juga keperluan untuk masuk 'U' ni yer... tak sangka sampai begit sekali...

ZaridaIshak said...

semoga memberi manfaat kepada bakal pelajar U... yang masih mencari senarai semak..

Iola said...

all the best :D

Unknown said...

dah link blog ni blog Pesona Etuza ya..

Mimie said...

masuk u memg byk psiaoan kne buatkan

Lya Akif Imtiyaz said...

Nice sharing

Unknown said...

prepare awal2, last minute kang jd kelam kabut pula..:)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah