"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, July 3, 2014

Cara melakukan Solat Terawih bersendirian.

Assalamualaikum
hye semua !
Di bulan Ramadhan ni ramai yang berpusu pusu ke masjid untuk 
berebut pahala menunaikan solat terawih kan ?

Tapi macam mana bagi orang yang tidak berkesempatan ke masjid..
boleh ke nak solat terawih sendiri?
jawapannya boleh..tetapi bagaimana ??
jom baca jawapannya :)

Soalan :

1. Bagaimana nak buat solat terawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat terawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)?

Jawapan :

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. 
Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. 
Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. 
Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).


2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. 
Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antaradua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. 
Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. 
Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. 
Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.



14 comments:

Vee Sandi said...

selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bertarawih .

ANa Ahmad said...

Alhamdulillah ilmu yang dapat kita kongsikan kepada kalayak ramai..

alhamdulillah apa yang AA pernah buat ingatkan salah, tapi pernah juga terfikir nak cari persoalan berkaitan ini, akhirnya jumpa disini syira kongsikan hehe.

alhamdulillah..moga apa yang di kongsikan dapat manfaat kepada semua orang.. insyallah amin :)

fatihah fazlin said...

nice sharing syira,... salam ramadhan.. :)

Khairulsyarafi Ruang Monolog said...

perkongsian yang berguna terima kasih :)

shahida rahim said...

good sharing..selamat berpuasa syira :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Nice sharing dear.. =D

Cik Deeba said...

Alhamdulillah.. ilmu yang sangat berguna..

Maria Hasun said...

selamat beribadah L:)

Nur Farahuda said...

tq shira. info yang sangat berguna =D

husna zahidi said...

perkongsian yg menarik syira..:)

husna tak pernah lg terawih sendiri..huhuhu..

Iola said...

perkongsian yang menarik :D pasti ramai tertanya2 tentang hal ni..bagus :)

Farisya Anastasyia said...

Alhamdulillah.Ilmu yang bermanfaat syira :)

Mimi Azirah said...

Alhamdulillah perkongsian yg bagus

Azhafizah Md Nor said...

alhamdulillah..takdelah tertinggal terawih kan kalau balik kerja lambat tu atau ade hal lain

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah