Assalamualaikum
hye semua ! :)
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan kepada manusia.
Segala isi kandungannya benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur (cahaya yang menerangi),
al-Furqan (yang dapat membezakan di antarayang hak & batil) dan
al-Zikr (yang memberi peringatan).
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
“(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). ](2) Ia menciptakan manusia daripada segumpal darah.
(3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah
(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
(5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq: 1-5)
Jom jadikan Al Quran bacaan harian kita :)
## Selamat bercuti dan Salam Nuzul Al Quran.
7 comments:
salam nuzul al-quran juga....
Tak boleh baca... :(
Salam perkenalan dan salam nuzul Quran.teman setia yg ke 3933...
salam nuzul quran
salam nuzul al-quran ;)
Salam Nuzul Al Quran :)
salam nuzul al Quran
Post a Comment