"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, July 31, 2014

Raya Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Alkhariyah.

Assalamualaikum
hye semua :)

Projek Al-khairiyah Intec akan mengada sebuah program iaitu 
“Raya Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Alkhariyah”. 
Program ini akan berlangsung pada 16 ogos 2014 di rumah kebajikan tersebut. 
Rumah Kebajikan ini menjaga sebanyak 50 orang kanak-kanak, yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak-anak dari keluarga daif

Untuk menjayakan program ini..pihak yang menganjurkan projek ini memerlukan bantuan dari anda pembaca blog Syira Lokman untuk memberi sumbangan bagi membantu anak-anak ini.
Mereka memerlukan RM5000 dari anda :)

Tajaan yang diperlukan:

1) Katering
2) Saguhati untuk anak anak yatim
3) Dana program – wang untuk perlaksanaan program dan aktiviti
4) Peralatan promosi dan pengikalanan

Rumah Kebajikan dibina sebelum kemerdekaan lagi, sejak dari itu rumah kebajikan ini 
menerima anak-anak yang kurang bernasib baik untuk 
berlindung di bawah jagaan rumah kebajikan ini sehinggalah umur mereka mencecah 17 tahun. 
Kini, rumah ini diurus oleh Tuan Haji Bani dan isterinya.

Tujuan program bertujuan 
meraikan hari raya yang mulia ini anak-anak rumah kebajikan ini agar mereka dapat merasa kemanisan hari raya. 
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu rumah kebajikan ini sedikit sebanyak dari segi kewangan. 
Kami juga merasakan program ini adalah sebagai tanggungjawab 
kami untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik ini serta sebagai amal ibadah.

Program ini ialah program usaha sama antara penganjur program dan pihak penaja. 
Pihak kami akan menguruskan program ini manakala pihak penaja memberi tajaan atau dana bagi menjayakan program ini.


OBJEKTIF

1. Mempromosikan Rumah Kebajikan Al-Khariyah supaya rumah ini mendapat dana yang berlangsungan dan dapat menarik perhatian orang ramai.

2. Melahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik.

3. Melahirkan suasana hari raya di rumah kebajikan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

4. Menguatkan ukhwah antara pelajar dan masyarakat.

5. Memahami dan mendalami keadaan anak-anak yatim dan daif.

6. Membuka mata masyarakat agar lebih prihatin kepada golongan kurang bernasib baik.

7. Mempraktikkan program “Corporate Social Responsibility”( CSR )


MANFAAT

1. PENAJA

* Disamping sumbangan yang diberikan ialah amal jariah , program ini juga boleh menjadi medium yang baik untuk mempromosikan dan mengiklankan syarikat.

Beberap aktiviti akan diadakan semasa program ini berlangsung pada 16 Ogos 2014 nanti :)

Objektif aktiviti ---->

1. Merapatkan silaturahim antara pelajar INTEC dengan anak-anak yatim 
2. Melahirkan barisan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin terhadap masyarakat 
3. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam jiwa anak-anak yatim 
4. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan atau ‘teamwork’ 
5. Menggembirakan hati anak-anak yatim dengan aktiviti-aktiviti yang mengurangkan stress
6. Membantu menyediakan kelengkapan harian para anak yatim 
7. Menyedarkan diri kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT 
8. Melatih mereka berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu baharu 
9. Memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk berkomunikasi dengan lebih efektif 
10. Membantu mereka untuk menyelesaikan masalah harian yang mereka hadapi 
11. Menyuntikkan nilai-nilai murni dalam diri seperti kasih saying, bertanggungjawab dan sebagainya.


Alamat

Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah
Batu 1 1/2, Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor

Tel: 03-3410362 
Tel: 012-6602274 (Haji Bani)

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui account yang disediakan atau berhubung dengan pihak terlibat melalui no telefon yang diberikan :)
(lihat banner)
Terima kasih !

Sumbangan anda amat dihargai !
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima :)
salam sayang dari 
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah !


6 comments:

izzeyda said...

Saham akhirat nih..in shaa Allah..

Mama said...

semoga mendapat manfaat di akhirat..

Lya Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah moga segalanya dipermudahkan

Lya Akif Imtiyaz said...

Semoga anak2 yatim ini bergembira dihari raya ini ..Jom sama2 kita membantu ..

Mimie said...

semoga diorg happy

Azhafizah MN said...

semoga mereka dapat meraikan raya dengan meriah

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah