"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, July 17, 2014

KAD RAYA menggamit kenangan.

Assalamualaikum
hye semua !



Setiap tahun, tradisi menghantar kad ucapan selamat hari raya pasti akan dilakukan.
Sekarang dah tak sehebat dahulu, masa zaman syira sekolah
yang mana internet, sms, mms, whatsapp belum lagi wujud secara meluas, kad rayalahhh yang menjadi pengikat hubungan antara kawan-kawan.

Seronok sangat bila dapat kad raya..nostalgia sangat..hehe..

macam-macam jenis kad raya syira kumpul, dari design biasa sampailah bentuk handphone, cd, memanjang,menegak,bulat...ada yang comel..ade yang klasik !

Syira kumpul kad raya yang orang bagi dalam kotak pink ! tengok gambar atas tu..hehe..
Allah..bila tiap kali buka kotak pink tu...rasa seronok !
KENANGAN ! ^_^

rindunyaa ...
kumpul kad raya bukan hobi tapi ntah kenapa tiap tahun pasti Syira beli kad raya untuk diberi kepada kawan-kawan and yang mana kad unik,comel tu..simpan elok-elok :)

Macam-macam ayat yang ditulis..gosip-gosip pun ada, haha.kelakar bila baca balik !
yelaa..dari zaman sekolah rendah..time budak-budak kann..

ayat popular rasanya 
"pecah kaca,pecah gelas..sudah baca harap balas"

haha..tapi zaman sekarang dah lain..lain sangat..semua suka sms jee..
whaatsapp la..wechat, line..guna laman sosial je nak ucap selamat hari raya,minta maaf..best juga cumanya tak ade kenangan sebab ayat-ayat feeling sedih gembira tu tak boleh nak simpan kekal macam kad raya ni..

ada pula tu ayat wempittttzzz zaman sekarang ni...
"titew nak ucap celamat ayi ayeee,maap jaher batinwww..
kocong-kocong okewww"

"bajuuu aye awokkk wne pewww, titew wne merewwww"

Adoiii..tergeliat lidahhh ..pening nak faham..haha..macam-macam perangai.

Ingat lagi masa akhir tahun darjah 6, dah habis exam...nak raya tu semua duduk tempat masing-masing.tulis ayat feeling-feelingg gitu then bertukar kad raya..
dapat duit raya singgit pun ada ! masih tersimpan sampai sekarang ! :D

Tahun ni pertama kali bertukar kad raya dengan blogger :) alhamdulillah..ade rezeki nak merapatkan hubungan alam maya..hehe..

Tu la best pasal blogger ni..masih kekalkan tradisi bertukar kad raya :)

Alhamdulillah..semoga ukhwah yang terjalin kekal smpai syurga ^_^

14 comments:

mila said...

sy bru je trm kad raya dri mummy irra td

zuhaira nasrin said...

kad raya memang jadi kenangan :)

Asha Lya said...

Wah byknya koleksi kad raya syira

nora razalli said...

betul!
MG baru dapt kad raya dr mouth n foot artist ..
cantik! :)

Lya Akif Imtiyaz said...

Seronok kan bila dapat kad raya ..

Lya Akif Imtiyaz said...

Dulu2lagi suka mmg selalu dapatkad raya tapi sekarang ramai dah tak layan kad raya nie ,..Huhuhu ..Tunggu kad raya akak ya Syira ..

Ruqaiyah Amanina said...

Aah betul tu syira. Sy pun suka :)

Syira Lokman said...

seronok cgt kumpul kad raya :D meriah rasa..tahun ni pun kumpul bnyk2 dari blogger

Syira Lokman said...

heheh...kalau dpt kad raya dari kekasih....jgn lupa story tau ana ahmad

Unknown said...

Banyaknya kad raya syira..

Nora Karim said...

Mmg nostalgia ni...

Mama said...

tu la, terkenang zaman sekolah dulu..nostalgia sangat.hehe

Azhafizah MN said...

dulu² suka kumpul kad raya then gantung bila nak raya tu

Mimie said...

kan kan...nostalgia sgt

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah