Assalamualaikum
hye semua !
Membayar zakat merupakan satu kewajipan bagi kita terutamanya umat Islam.
Jom ketahui kadar zakat tahun 2014 , waktu terbaik untuk menunaikan zakat dan kenali golongan yang berhak menerima zakat :)
Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri |
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
Waktu wajib:
Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal:
Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat:
Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh:
Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram:
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
8 golongan orang Islam yang berhak menerima zakat
Fakir
(orang yang tidak memiliki harta)
Miskin
(orang yang penghasilannya tidak mencukupi)
Riqab
(hamba sahaya atau budak)
Gharim
(orang yang memiliki banyak hutang)
Mualaf
(orang yang baru masuk Islam)
Fisabilillah
(pejuang di jalan Allah)
Ibnu Sabil
(musyafir dan para pelajar perantauan)
Amil zakat
(panitia penerima dan pengelola dana zakat)
7 comments:
mashaAllah, jazakillahu khayr syira atas perkongsian yang sangat baik :)
Btl kewajipan yg di tuntut
Nice sharing syira :)
sama sama tunaikan zakat utk mereka yg memerlukan
thanks shira mengingatkan..
nice sharing :))
*tergolong dalam golongan gharim disebabkan hutang ptptn masih belum dibayar :D
Nice Sharing Syira
Post a Comment