"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, February 7, 2014

Buat semua : MAAF !

Assalamualaikum
hye semua :)


Terima kasih buat semua yang mendoakan dalam diam :)
Semoga Allah merahmatimu.



Salam Jumaat.
Di saat Allah melimpahkan rahmat dengan rezeki yang hebat, ingatlah ramai yang mendoakanmu.
Ucaplah terima kasih atas segala ilmu.

Buat semua :

Maaf sekiranya setiap nukilan Syira mengguris hati , 
tidak ada niat lain tersembunyi selain berkongsi ekspresi hati.
Terima kasih dengan "penghargaan" kalian buat blog ini.
ALHAMDULILLAH, semua komen yang diterima amat baik.
Belum ada yang memaki.
Namun, disebalik kegembiraan ini, Syira ingin mencoret kata-kata.
Mungkin ada yang tidak Syira sedari.

Maaf andai apa yang ditonjolkan seperti menunjuk, anggap sahaja satu cara menghargai jasa baik blogger/pemilik butik lain dan dalam masa yang sama mempromosi blog/butik orang lain.
Maaf sekiranya Syira terbabas dalam berkata-kata, Syira masih jahil dalam perjalanan hidup tapi sentiasa mencuba mencari jalan usaha mambantu insan lain.
Rezeki yang Syira terima, hasil doa kalian juga.
Satu cara buat Syira fahamkan kalian bahawa Allah pemilik segala ciptaan 
dan pemberi rezeki hamba di jalanan.
Segalanya dibuat sebagai tanda penghargaan bukan menunjuk kekayaan.
Maaf andai Syira salah dalam penyampaian ilmu Allah.
Syira masih jahil dalam perjalanan menuju Tuhan.

Maaf andai ada yang Syira tidak dapat bantu.
Maaf sekiranya ada yang tidak bersetuju atau menerima pendapat Syira.
Pendapat merupakan cara pemikiran masing2 bukan hukum.
Maaf andai hasil nukilan blog ini membuatkan kalian tidak gemar dengan apa yang cuba disampaikan.
Blog ini dihasilkan demi membantu insan lain, 
berkongsi ilmu yang disampaikan dengan cara Syira sendiri.
Maafkan salah silap Syira sepanjang perkenalan kita wahai pembaca setia. :)
Syira bukan mujahidah :)
Hanya satu, anggaplah Syira masih jahil, andai salah tolong betulkan.
Mana yang baik elok sebarkan, silakan berkongsi, ilmu ini milik Allah.
:)


Sebenarnya Syira terasa nak minta maaf..yela..
Syira share kegembiraan kat sini,takut ada yang tak suka, cakap menunjuk,hipokrit ,terasa hati ke,
lebih baik mohon maaf awal2 kann.
Mungkin ada sesetengah orang tak dapat memiliki apa yang Syira ada kann..

Syira tahu tak semua orang dapat rezeki yang sama tapi apa pun kita perlu bersyukur :)

Terima kasih atas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati hidup kalian :)
Doakan Syira berjaya dunia akhirat, insyaAllah ^_^



18 comments:

Farah Waheda Wahid said...

akak sentiasa doakan yang baik2 untuk syira...erkss..jap ni dah kenapa??? ada sesuatu yang mengguris perasaan ke ni?

Eza Ridzwan said...

akak maafkan...hehehehe....adeq manis xde wat salah ape pon dgn akak..no need to appology..

Ai Syah said...

don't wory be happy . xde ape pun..semua org ade hak bersuara dan ada hak nak bagi pendapat . klo ade y xsuke tu , kite terima utk kite perbaiki diri kpd y lebih baik. ^_^.btw, sy suka blog ni . =)

Abak Lorong Cinta said...

In Shaa Allah..keep fighting!!

amal said...

takpee syiraa , rezeki orang masing masing, ada yang ni ada yang tuuu.

will always support you and your blog :)

amal said...

takpee syiraa , rezeki orang masing masing, ada yang ni ada yang tuuu.

will always support you and your blog :)

amal said...

takpee syiraa , rezeki orang masing masing, ada yang ni ada yang tuuu.

will always support you and your blog :)

msredcheesecake said...

tak ada apa nak dimaafkan.... hheee... kalau kita tak bersangka buruk dgn org, kita tak perlu nak maafkan sesiapa...

Bahrain said...

macam ada sesuatu je..biasalah tu ada blogger. kesilapan yang berlaku jadikan pengalaman. :)

deno said...

tak ada apa2 syira... :) deno yg nak minta maaf sbb tak sempat2 nak balas jejak kat sini.... aduyaiii

Azhafizah Md Nor said...

Be positive Syira and Be strong enough.ok?

Maria Firdz said...

Saya pun mhon maaf, sbb jrg jengah ke sini...

Wan Maruzen Wan Husain said...

semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing untuk diluahkan dan dikongsikan. Ade sesiapa yang amik hati ke? Maafkan sicantik manis ni ye...

Eimma Esmail said...

sokey syira. rezeki masing2 ;) dalam hidup x leh nak iri hati.. hehhe

sha dhira said...

Rezeki tu Allah yang Bagi.. Tak pe Syira, keep fighting ya! Yang penting kita bersyukur. Kalau dapat komen -eve, campak je masuk laut sebab kita tau, niat sebenar kita bukan nak menunjuk, tapi kita nak appreciate.. hehe :D Agree with me eh.. hehe :D BIG SMILE FOR YOU MY DEAR.

Zamani Abe said...

zam pun kan, terfikir nak tulis entri mcm ni.. risau juga ada yg salah faham dgn setiap entri zam nanti

sYiRa LoKMaN said...

bukan apa..risau..dalam kegembiraan kita,mungkin ada insan lain yg sedang bersedih atau kecewa..sbb tu syira mohon maaf awal2 :)

cuma kita kena igt..realiti tak selalunya indah..mungkin dilihat zahirnya bahagia sedangkan titisan air mata tak mampu ditahan :)

Norhasniza Khalid said...

maaf syira jika mama tak datang blog syira, bz mama dengan kek mama tu... ni baru ada kesempatan... :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah