"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, February 20, 2014

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis, Kentang dan Kacang;

Assalamualaikum
hye semua !


Bahan-bahan :

2 biji ubi kentang
200 gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili boh
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk perasa
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan kering yang digoreng :

Kentang
Ikan Bilis
Kacang Tanah

Cara-cara Masak Sambal :

  1. Goreng bahan-bahan kering (kentang, ikan bilis dan kacang) berasingan sehingga betul-betul garing supaya bila dicampurkan dengan sambal ia akan ranggup dan tidak lembik.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung.
  4. Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.
  5. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.
  6. Tutup api. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan kentang yang telah digoreng garing ke dalam kuali.

14 comments:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Syira...sedapnya sambal ikan bilis kering tu...InsyAllah akak nak cuba resepi adik ni...

Abak Lorong Cinta said...


Wah....kena cuba ni..hehe

Wafi Remli said...

Looks simple. Must try this!

Liza Licha said...

suka makan bilis. tapi tak minat kacang.. hihi.. sedap kalau letak dlm bubur

Zara Nurhaidah said...

Sedap ni tp zara xslalu masak sambal kcg sb xbrapa sgt. Masak bila tringin nk mkn ja.. hehe

Farah Waheda Wahid said...

ha resipi ni selalu masak kot...he he he... thanks for sharing syira...sedap kann???

Farah Waheda Wahid said...

ha resipi ni selalu masak kot...he he he... thanks for sharing syira...sedap kann???

Mas Zull said...

assalamualaikum syira...wah mmg sedap makan ngan nasi panas2 ni...;)

Zamani Abe said...

bestnya.. semua elemen kesukaan zam

Eellee Nana said...

simple and sedap
nak kena cuba ni^^

Sukma Haron said...

simple dan sedap....boleh ler try buat...

QasehnyaRania said...

mkn pulak dgn nasi panas2.layan..

Azhafizah Md Nor said...

sedap ni..favourite!

Akif Imtiyaz said...

Wahh boleh cuba nie ...

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah