"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, February 11, 2014

Kronologi Darjah 6 hingga Ting 6.

Assalamualaikum
hye semua !
Oke,Syira nak share secara ringkas dan stylo mylooo kronologi "student life" Syira dari darjah 6 sampai tingkatan 6..hehe..

UPSR dapat 5A, apply asrama and dapat masuk SM Taman Tasik Taiping ,
 lepas seminggu keluar sebab "homesick" .
Lepas tu ditawarkan MRSM Kubang Pasu Kedah, nangis2 juga , 
tak sampai seminggu keluar juga..OKE SYIRA MANJA !
Buat mama abah kecewa dengan Syira :"(

so berpindah ke sekolah harian SMK Tasek Damai. :)
PMR 6A 2B,
tapi bila SPM..result SPM 4A 1B 4D (aliran sains tulen).
sekali lagi buat mama abah kecewa :"(

Apply untuk Matrik, upu, Maktab perguruan.
Semua tak dapat, then kawan abah suruh try apply Kolej Polytech Mara and 
Syira ditawarkan Diploma in Multimedia.
Tapi tak pergi sebab tak minat and hati kuat untuk masuk form 6.

"form 6 susah"
"kena pakai baju sekolah"

and memang tanggapan tu betul pun, kena pakai baju sekolah, and subjek susah !
buku mak aii tebal benoooo..
oke tak apa..dah tak ada pilihan lain..masuk je form 6 (aliran kemanusiaan).

Batch 94 iaitu batch Syira group pertama yang guna sistem baru :)
Sistem modular ada 3 sem untuk 1 tahun setengah.. satu sem dalam 4-5 bulan then exam.
ditambah dengan pbs, pbs ni macam kerja kursus juga.
Kena menjelajah jumpa orang, soal selidik.
Susah juga and memeningkan cikgu sebabnya sistem baru ni tak ada lagi
rujukan macam mana nak buat itu ini .
Ikut je flow.

Result sem 1 alhamdulillah 3.25.
Result sem 2 mengharapkan 3.50 atas tapi still dapat 3.25.
Time tu sedih sangat sebab rasa tak ada peningkatan, kecewa sangat sebab sem 2 memang terasa penat.
Biasala bila dah sem 1 dapat 3.25 pasti mengharapkan sem 2 ada peningkatan kan ?

Waktu sem 2, sekolah pagi sampai 5,6 petang sebab latihan kawad kaki, balik sekolah buat homework, malam study, bangun subuh study lagi.
PENAT ! tapi bila fikir semula.
Ada hikmahnya, Allah dah bagi Johan untuk pertandingan kawad kaki sampai masuk peringkat negeri, so result 3.25 ni kira baik sebab sem 2 walaupun sibuk latihan kawad still boleh maintain result.
Alhamdulillah.

Sem 3 mengharapkan result melepasi 3.50 atas sebab bila tambah tolak darab bahagi dengan sem 1 and 2..
nakkan result keseluruhan nanti (mungkin keluar bulan Mac) 3.50 atas.

And alhamdulillah...rezeki lagi..result sem 3 Syira 3.50 and PBS 4.00 :)
Yang best lagi..TIADA paper ulangan untuk sem 1, 2 dan 3 ! :D

 SPM mengecewakan tapi STPM harapan :)

Jatuh bangun jatuh bangun..
Akhirnya. ALHAMDULILLAH ^_^


## Banyak masalah Syira hadapi, yang kenal tahu la :)
Tapi di sini Syira tak nak share masalah2 Syira hadapi yang buat diri tak fokus saat exam
dan buat jiwa sakit.
Syira nak kalian lihat jatuh bangkit bukan apa yang sakit :)

Nak lebih maklumat tentang STPM sistem modular (baru) [KLIK SINI].

16 comments:

Farah Waheda Wahid said...

akak, UPSR 4A (masa tu 4 subjek jer), PMR 8A, SPM Pangkat 1...rajinlah Syira buat kronologi...

Eimma Esmail said...

jatuh bangkit, jatuh bangkit ;)

suka ayat tuh :P

nurdani said...

bagus2 result syira. Allah dah susun cantik2 hidup kita ni kan. tengok2 STPM syira meletops. tahniah2.

setiap orang ada dugaan yang dihadapi. saya tak terkecuali

Amirah Su'aidah said...

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Alhamdulillah, syira dah lalui segala-galanya yang mengajar syira erti berusaha penat lelah dan hasil dari semua tu.

Kathy R'bain said...

Sabar tau.
Mg Allah prmudah segalanya.

Kenit Cinonet said...

kenit pun form 6 gak dulu tapi sains tulen. Yes dear, form 6 memang susah gilos tapi hasilnya memang berbaloi! :D

Pha Is said...

okay la tu.. walaupun sibuk dengan kawad, masih boleh dapat pointer 3 keatas..

Aniq Bukhary said...

Sama la kita... STPM jg ;)

sYiRa LoKMaN said...

alhamdulillah alhamdulillah..ramai pula mengaku form 6 ye :)
hehe..terima kasih..sekadar berkongsi pengalaman..moga bermanfaat :)

Ainim Suju said...

bagus syira ni. tak putus asa daripada kekecewaan spm.

Ezwan Amrin said...

alhamdulillah...result power tu sebenarnya... :)

Biela Naat said...

TQ for this entry kak Syira :)

sYiRa LoKMaN said...

ramai ye stpm..bru tauu..hehe..all the best semua :) tq doakan syira ^_^

BeLLaLim said...

tahniah syira!

Nurul Hamizah said...

Bagus entry nie. Bleh jadi galakan untuk para junior meneruskan form 6. apa subjek syira ambil?

sYiRa LoKMaN said...

entry ini untk menaikkan semangat bahawa kita semua boleh ^_^

syira ambil subjek, pengajian am, pengajian perniagaan, sejarah dan bm :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah