"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, February 6, 2014

Bukan hanya melepas senafas kata kata.

Assalamualaikum
hye semua :)



Ramai pandai berkata kata meluahkan bicara
Ramai mula menasihati tanpa dipinta
Walaupun kadang kala apa yang diperkatakan kita sendiri lupa
Manusia memang alpa
Tetapi kita tak boleh putus asa
Andai kita menunggu kesempurnaan untuk mula bicara dari jiwa ke jiwa
Sampai bila pun kita takkan pernah mula.
Kerana insan bernama manusia tidak akan sempurna.
Jangan lihat masa silam dia.
Hanya ambil kebaikan dari sebaris kata.

Hanya satu
Kata pada diri
Tak salah untuk berbicara
Saling menasihati melengkapi akidah manusia
Tidak salah untuk tegakkan kebenaran Yang Satu
Pahala tetap ada 
Namun kau perlu berusaha
Melengkapi imanmu agar nasihat seiring usaha
Bukan hanya melepas senafas kata kata

Jangan ada niat lain tersembunyi
Aib manusia sorok tepi
Jangan dijaja jangan dicaci
Hadirnya kebencian akan menyekat ruang hati untuk mencari Nur Ilahi.
Cukuplah kau akui kelemahan diri
Insafi kekurangan agar tiada insan lain kau maki.
Niatkan dalam hati
menasihati untuk sama2 berlari menuju Ilahi. 
:)


11:49 am
6/2/2014

13 comments:

Invisible Me said...

Meski tahu berkata tapi bila merasa baru sedar namun kata itu kadang sebagai penyedap hati. Buat seorang saudara dari seorang yang bersaudara :)

Wafi Remli said...

Kena ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan kita, barulah kita layak untuk melayakkan diri menggapai redha Ilahi...

Wafi Remli said...

Kena ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan kita, barulah kita layak untuk melayakkan diri menggapai redha Ilahi...

Fiza Rahman said...

Nice quote. Suka sangat. Memang betul. Tak kena kat batang hidung sendiri memang sedap lah cakap kan.

Azlan Strider said...

apa apa yang kita nak lakukan termasuk menasihati orang lain juga perlu iklhas..thanks 4 sharing this syira...

Regards,
-Strider-

Ija Rased said...

nice entry..

Izzah Norlizah said...

wow...menarik kata2 nya.Suka... :)

Yap,xda mnsia yg smpurna :)

Abak Lorong Cinta said...

In Shaa Allah...

Ai Syah said...

pandai awk mengarang kata2..hee..nice.!

btol tu..perbuatan x semudah kata2..in shaa Allah boleh mudah dgn usaha . Allah kan ada nak bantu kita .. =)

sYiRa LoKMaN said...

alhamdulillah..maaf terpaksa balas komen random :) bz..
tq komen ye:)
tq likeee ...hehe

Norhasniza Khalid said...

betul tu... bila kena batang hidung sendiri.. kesabaran boleh hilang jugak, manusia biasa, siapa lah kita..

sYiRa LoKMaN said...

manusia tak lari dr dosa kann :) tp tak salah berusaha menasihati dgn cara baik :)
doa tu perlu seiring.

Azhafizah Md Nor said...

kata kata tu penting sebagai pemberi semangat walau kadang diri sendiri tak kuat tapi dengan kata² tu kita boleh bantu mereka beri semangat :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah