"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, February 1, 2014

Hebatnya abah dan mama .

Assalamualaikum
hye semua !

Hari ini Syira nak share satu nota cinta, penghargaan buat mama dan abah.

##Maaf, Syira guna "aku" dalam entry ini##


Setiap kali bercerita mengenai mama dan abah, hati ini mula tersentuh.
Pengorbanan mereka sedari ku dilahirkan hingga kini tidak pernah berubah,
tidak pernah kurang kasih sayang mereka,
tidak pernah ku terima makian mereka.
Sokongan tanpa jemu, itu yang beribu.
Hebatnya mama dan abah.

Waktu aku kecil, aku memang sangat manja :)
sehingga sekarang pun aku dimanjakan.
Aku mempunyai 3 orang abang dan seorang adik lelaki. Yang pasti, aku anak keempat dan merupakan puteri tunggal.
Aku anak manja abah.
Kalau ada abang2 yang cemburu, aku akan cakap "abah sayang kakak " :P
Terus mereka diam ! kerana itulah hakikatnya.

Waktu syira baby, Syira hanya minum susu mama and abah cakap syira tak pernah minum susu botol, kalau guna botol pun mesti air masak bukan susu.
Mama abah kerja, syira dan adik beradik lain dijaga oleh mak angkat yang sangat baik :)
setiap kali waktu rehat ,mama akan datang semata mata untuk susukan Syira.
penat kan ? siapa yang pernah menyusukan bayi mesti faham keadaan ini.
Dengan badan lenguhnya lagi.
Sampai satu masa, mak angkat syira siankan mama. Hari2 datang untuk susukan syira.
So, mak angkat syira akhirnya menjadi ibu susuan syira :)
Itulah pengorbanan mama. Siang malam tanpa jemu.
Andai aku sakit, mamalah yang paling risau dan akan pastikan aku tidur sekali dengan mama :)

Abah pula sangat sayang anak anaknya, 
andai ada sesuatu je yang kami teringin atau TERsebut sekalipun, pasti abah cuba penuhi. Kadang kadang abah lupakan apa yang dia ingin demi memenuhi hajat anak anaknya.
Sehingga sekarang abah akan bekerja sehingga lewat malam demi mencari rezeki buat keluarga.
Di usia, 57 tahun, abah masih sama seperti dulu..usahanya tidak pernah berkurang. :)

Andai ingin dicoretkan, pasti tidak cukup ruangan buat aku menulis semua pengorbanan mama dan abah.
Kini, aku berusia 20 tahun.
Apa yang telah aku korbankan buat mereka ??
:'(

kata-kata cinta buat abah dan mama :


Dear Mama Abah,
Tak kiralah ke mana sahaja saya pergi dalam hidup ini,
Dengan siapa pun yang bakal saya nikahi,
Walau macamana pun tanggungjawab saya pada suami,
Walau tinggi mana nama saya dipuji,
Dan berjuta rezeki saya perolehi,


Abah dan mama sentiasa nombor 1 di hati ini :')



Sincerely,

Your little princess.

13 comments:

fragmenbiru said...

Alhamdulillah... Syira,mseti sronok jadi ank tggal perempuan kan? mesti selalu dilbihkan ? heheeh... besar sngat pngorbanan mereka.. suka Abak baca surat cinta tu..sama2 doakan kbahgiaan untuk org tua kita..

^___________________________^

Eimma said...

true. kita pun macam tu ;)

Eimma said...

true. kita pun macam tu ;)

Bahrain said...

cukuplah jika kita mampu membahagiakan kedua ibu bapa kita.

Ann Ishak said...

sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa, kasih sayang mereka tiada gantinya :)

Inani Hazwani said...

puteri tunggal dlm kluarga rupanya.hihi.. semoga mampu menjadi penyejuk mata abah & mama :)

Nursha said...

For a better country. For a better health. For Malaysia

#MsiaEndsDengue

Siapa yang rajin buat entry. Yg pandai buat video. Mohon turun padang untuk berkempen.

http://nurainishahroni.blogspot.com/2014/02/msiaendsdengue.html

Unknown said...

Xsmua pgorbanan mak ayah dpt d hitung/d ungkapkn.. besar nya kasih syg mereka kpd kita.. huhu.. love mom and babah !! ~.~

norhasnizakhalid said...

mama rindu sangat dengan mak ayah mama, tapi terpendam...

norhasnizakhalid said...

mama rindu sangat dengan mak ayah mama, tapi terpendam...

Unknown said...

sentiasalah mendoakan yang terbaik untuk mereka dan luangkan masa yang banyak untuk mereka, bukan wang yang mereka mahukan :)

✿INA AINAA✿ said...

mampukah kita jaga anak2 kita akan datang seperti mana ibu bapa kita dlu jaga anak2 dia??? hurmm selalu ena fikirkan itu

Syira Lokman said...

duit bukan segalanya tp apa yg penting..jaga hati mereka :)
jaga nama mereka, buat ibu bapa bangga kannn :) sseronokk je :)if kita ada anak nnti mungkin
kita tak sehebat mereka ,tetapi mencuba yg terbaik itu perlu :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah